bismillah,
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Ar-Razzaq bagi seluruh makhluk-Nya,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w
setiap kali ku membaca perkembangan mereka,
setiap kali itulah ku terasa mahu menangis, kadang2 menangis terus sambil membaca perkembangan mereka.
menangis melihat diri yang masih terlalu banyak kekurangan,
dan ku amat takut,
jika Allah menolakku dari istiqomah dari tugas ini.
terasa amat kerdil diri ini berbanding mereka..
melihat mereka bekerja bersungguh - sungguh dengan ikhlas hanya mengharap keredhaanNya.
tanpa banyak memberi alasan,
dan sentiasa sedia untuk disusun.
dan aku,
masih banyak lompong - lompong yang perlu di top up,
masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki,
dan insya-Allah,
akan terus usaha untuk membaikinya..
"Sentiasa ikhlaskan niat kalian untuk Allah semata, kerja kita 'direct' dengan Allah, jangan disebabkan dengan kelemahan manusia, kita futur dari tugas ini"
2 minggu lepas,
ku baru mengenali seorang murabbiah setelah ketiadaannya di bumi ni..
dia membuatkan ku terasa,
hidup ni perlu untuk Allah semata - mata,
beliau yang dikurniakan 13 cahaya mata, tak menghalang beliau untuk terus 'mencetak' kader2 dakwah agar risalah ini terus berkekalan di bumi Allah..
pencapaiannya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah membuat ku terasa,
hanya manusia yang Ikhlas sahaja yang boleh bertahan hingga ke tahap itu..
dan untuk ikhlas itu,
sangat susah..
biarpun di pandangan manusia biasa ia sesuatu yang mustahil jika diukur dengan akal yang telah dicemari dengan ideologi2 barat masa kini,
tapi,
dia berjaya membuktikan,
jika kita hidup hanya untuk Allah dan Rasul-Nya,
tiada yang mustahil untuk gerhana zaman ini kembali menyinari ummat manusia.
salam.