Pages

Tuesday, March 24, 2009

++Nikmat++

Bismillah..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam buat Rasulullah yang dirindui, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda..

pagi ni bangun dari tidur, saya masih diizinkan untuk hidup.. masih diberi rezeki UDARA untuk saya hidup, saya ingat lagi kata2 ustazah, kalaulah Allah meminta kita untuk membayar setiap udara yang kita sedut, alamatnya kita pun tak nak hidup, bayangkan kalau satu sedutan 1 qirsh (nilai yang paling rendah kat Jordan), kalau setahun??

sehari sedut = 25,920 kali oksigen,
sebulan = 777, 600 kali,
setahun = 9,331,200 kali..

total bil oksigen untuk setahun ( dalam Jordan Dinar) = kena bayar 93,312jd..

Ya Allah, banyak ye...ni baru setahun..
saya ni yang dah hidup lebih dari 20 tahun.. terlalu banyak nikmat udara yang Allah bagi..

belum masuk nikmat AIR..


"Katakanlah (Muhammad), "Terangkanlah kepada ku jika sumber air kamu kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"
(Al - Mulk:30)

nikmat MATAHARI..

tak de matahari, maka tak delah tumbuhan,
tak de tumbuhan, tak delah haiwan, dan tak delah sumber makanan untuk manusia..
tak de matahari, takdelah haba dan api untuk kegunaan manusia..

BANYAKKAN ALLAH BAGI..

tapi kita selalu lupa Allah, selalu langgar perintah Allah, selalu buat apa yang Allah larang..
tapi sebab Allah Maha penyayang.. Allah masih bagi lagi nikmat kat kita.. tak de satu pun yang Dia minta bayaran..

bayangkan kalau setiap kali kita buat salah.. Allah bagi denda, tak boleh bernafas untuk 30 saat (+_+)..

tak ke kita terfikir betapa Allah sangat sayang pada kita.. apa yang Allah nak dari kita hanya menyerahkan segala ubudiyah kita kepada Allah dan melaksanakan tugas kita sebagai khalifah di bumi Allah..

mungkin ada dikalangan kita merasa benda2 ni basic.. semua orang boleh fikirkannya, tapi.. berapa kali dalam sehari kita menyedarinya dan bersyukur atas nikmatNya??.. adakah kita buktikan kesyukuran kita dengan ubudiyah sepenuhNya pada Allah??

Katanlah, " Dialah yag menciptakan kamu, dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu.(Tetapi), sedikit sekali kamu bersyukur"
(Al - Mulk : 23)

semoga Allah mengampukan segala dosa2 kita, membantu kita meningkat iman kepada-Nya, dan menolong kita melaksakan tanggungkawab kepada-Nya ..

salam..

Friday, March 13, 2009

bukan untuk si manja….

Bismillah..

Kepada sesiapa yang pernah membaca dan mendengarnya, anggaplah ia sebagai tazkirah dan ambillah pengajaran darinya untuk terus 'bekerja'.. saja dicopy dan dipaste sebagai peringatan buat diri sendiri dan sahabat2 yang lain..

semoga kita terus thabat dan teruskan bekerja..
kepada sahabat2, andai nampak atau ternampak saya bermanja2 dalam 'kerja' ini, tegurlah saya kerana saya takut saya yang melambatkannya..

Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

-dari blog = MUNTALAQ

salam...

Sunday, March 8, 2009

falak

bismillah..

teluk kemang..
tiba - tiba teringat pasal ilmu falak..
saya ingat masa saya tingkatan 2, saya dan rakan 2 ke teluk kemang, Negeri 9..
malam tu, kami mencerap langit.. jabatan mufti negeri 9 pun datang.. bawa teleskop dan peralatan2 untuk mencerap..

telescope

bulan purnama

alhamdulillah, malam tu langit cerah, bulan pun tengah mengambang..
subhanallah.. semasa matahari hampir terbenam, kami diajak untuk melihat planet marikh..
selepas solat maghrib, saya ke balai cerap untuk melihat bulan dengan menggunakan teleskop.. lepas tu kami diajar untuk mengenal buruj2 yang berada di langit..
masa tu dapat lihat buruj scorpion, buruj pari, ursa major dan ursa minor, ada lagi buruj tapi saya tak ingat.. (^_^)

Dan sungguh, kami telah hiasi langit yang dekat, dengan bintang - bintang dan Kami menjadikannya (bintang - bintang itu) sebagai alat pelempar syaitan. dan kami sediakan azab neraka yang menyala - nyala
al - mulk:5

bila dah penat tengok buruj, dan teleskop pun dah kena bawa balik ke jabatan mufti, kami teruskan mencerap dengan melihat dan mengira bilangan meteor yang kami nampak.. sebelum tido, dapatlah melihat dalam 8 ke 10 tahi bintang.. pukul 3 pagi, kami bangun.. lepas tu qiam kejap dan naik balik ke balai cerap untuk melihat meteor.. subhanallah.. saiz meteor waktu ni sangat besar.. dan banyak.. kalau ada rezeki, boleh tengok lagi..

masa tu saya bercita - cita untuk menjadi ahli falak seperti abah.. suka bila melihat abah selalu mengira peredaran matahari untuk menentukan waktu solat.. saya ingat lagi masa saya sekolah rendah, sekolah mengadakan solat sunat gerhana.. masa tu saya tengok abah melihat langit untuk menunggu gerhana matahari berlaku.. selepas abah kata sudah berlaku gerhana matahari, semua pelajar sekolah melakukan solat sunat gerhana.. (time ni abah jadi pengetua sekolah).. dalam masa yang sama, abah jadi guru yang mengajar ilmu falak untuk persatuan falak syar`ie sekolah menengah.. selalu juga tengok abah check kertas2 homework yang abah bagi kat ahli2 persatuan falak.. ada yang dapat kira dengan tepat, yang banyak salah pun ada.. huhu..

redrose nebula


nebula orion

carina nebula

nebula eagle

crab nebula in taurus

sebenarnya, saya sangat kagum dengan penciptaan langi dan cakerawala.. sangat teratur, indah dan sangat luas.. betapa luasnya ilmu Allah yang mencipta dan mengawal peredaran2 planet2 dan bintang tanpa berlaku pertembungan.. sedang seluruh alam tunduk dan patuh pada peraturan Allah, manusia pula antara makhluk yang selalu membuat kerosakan..

dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Allah Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui. Dan Kami telah menetapkan tempat peredaran bagi bulan, sehinggalah ( setelah ia sampai ke tempat peredaran yang terakhir) kembalilah seperti bentuk tandan yang tua.
Yaasin 38 - 39

akhir sekali, jadikan semua ciptaan Allah sebagai wasilah untuk kita selalu mengingati Allah dan mendekatkan diri kepada Allah.. semoga kita tergolong dalam hamba2 yang bersyukur..

salam..

Wednesday, March 4, 2009

== Jin +_ 0

Bismillah...

Alhamdulillah.. itulah yang saya ucapkan apabila hati disentuh dengan peringatan2 dari Allah..

akhirnya saya diizinkan untuk bertemu dengan satu surah.. iaitu surah AL-JIN, jadinya.. mestilah saya nak share mengenai satu makhluk Allah yang bernama JIN.

sekadar hiasan

malu saya dengan mahkluk Allah bernama Jin.. mereka sangat jujur, mengaku perkara yang tidak benar yang dilemparkan kepada mereka (mengaku kelemahan mereka walaupun manusia selalu mengagungkan mereka).. mereka terus beriman apabila dibacakan ayat Al-Qur`an, terus mengimani apa yang mereka dengar...

kalau kita.. buat2 tak dengar je bila Al - Qur`an dibacakan. .(+_+)-malu mode-

jom kita baca kisah makhluk ni.. tapi saya lompat2 ayat dalam surah ni..

(Wahai Muhammad) Katakanlah: Aku telah diwahyukan bahawa sekumpulan makhluk jin telah mendengar al -Qur`an, lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar satu bacaan yang amat menakjubkan.. Al - Jin -1

"dan sesungguhnya kami apabila telah mendengar hidayat (al-Qur`an), kami terus beriman dengannya. Barang siapa yang beriman dengan Tuhannya, nescaya ia tidak lagi bimbang dikurangkan haknya dan tidak pula bimbang dibebankan kesusahan"
Al - Jin - 14


--ia bermula dengan satu pengakuan, pengakuan jin mengenai kehebatan al -Qur`an, mereka terpesona dengan isi kandungan al-Qur` an yang menakjubkan dan meyebabkan mereka tidak mampu untuk duduk diam selagi belum menyampaikan kandungan pada jin2 yang lain..

Dan ( ingatlah) ketika kami hadapkan kepadamu(Muhammad) serombongan jin yang mendengarkan (bacaan) Al - Qur`an, maka ketika mereka menghadiri (pembacaan)nya, mereka berkata "Diamlah kamu"!(untuk mendengarkannya). Maka ketika telah selesai, mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.
Al - Ahqaf:29

hebatkan!! terus sampaikan dakwah pada jin2 yang lain.. mereka terus beriman apabila mendengar ayat2 Allah dan terus menyampaikan ayat - ayat Allah pada yang lain..
Kita pula cam mana??

ok, next..

"Dan sesungguhnya kami tidak mengetahui (dengan adanya kawalan yang ketat itu) apakah sesuatu malapetaka yang hendak ditimpakan atau penghuni2 bumi atau Tuhan mereka hendak memberikan sesuatu hidayat kepada mereka?
Al - Jin -10


selalunya, manusia selalu minta tolong jin untuk settlekan masalah2.. selalu menganggap makhluk jin itu mengetahui segala perkara.. tetapi sebenarnya, mereka pun sama seperti manusia.. tidak mengetahui hal2 dan perkara2 ghaib dan fikiran mereka juga terbatas macam manusia juga..

Allah Maha Mengetahui segala yang dilangit dan dibumi

cuba kita tengok contoh masa nabi Sulaiman wafat, tak de satu makhluk yang tahu kewafatan baginda, termasuklah jin2 yang bekerja semasa pemerintahan baginda.. sehinggalah baginda rebah kerana tongkat baginda sudah di makan anai - anai..

"Setelah kami tetapkan kematian Sulaiman, tiada sesuatu pun yang membuktikan kematian kepada mereka melainkan anai2 yang memakan tongkatnya.Dan setelah dia rebah tersungkur barulah jelas (kematiannya) kepada jin, andainya mereka mengetahui perkara2 ghaib sudah tentu mereka tidak akan terus berada dalam keseksaan bekerja yang menghinakan itu"

Saba` -14
seterusnya..

"Dan sesungguhnya ada kaum lelaki manusia meminta perlindungan pada kaum lelaki jin, lalu jin - jin itu menambahkan kesusahan kepada mereka"
Al -Jin-6


mereka sendiri mengaku, mereka tak mampu untuk memberi ape2 perlindungan kepada manusia melainkan hanya menambahkan kesusahan kepada manusia..

-tempat manusia berlindung hanya kepada Allah yang Maha Kuasa dan Maha Pelindung.. serahkan 100% kita pergantungan dan perlindungan kita hanya kepada Allah.. tanpa izin-Nya, semua perkara tidak akan berlaku.. semua perkara tidak akan terjadi.. kerana sebaik2 pelindung hanya Allah s.w.t..dan satu lagi perkara.. Allah mengetahui segala perkara.. so, janganlah kita risau dengan perkara2 yang akan berlaku di masa2 akan datang.. sebab Allah kan sebaik2 pelindung dang penjaga..

mintalah pertolongan hanya dengan Allah s.w.t

lastly.. hormatilah makhluk jin ini seperti kita menghormati makhluk2 Allah yang lain di bumi ni.. kita dan jin sama2 mejadi hamba Allah untuk mengabdikan diri pada Allah, untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah, dan untuk kita sujud serta patuh pada Allah Taala..

"tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah"
adz- dzariyat-56
Wallahu a`lam

salam..