Pages

Saturday, April 21, 2012

Katakan TIDAK pada " nak STOP SEKEJAPLAH"..

bismillah,

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Al-Khaliq bagi seluruh makhlukNya,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w..

2 hari lepas,
hati 'tertembak'
kerana persoalan mengenai cara untuk melalui rintangan dalam DnT di masa2 akan datang, terjawab juga..

jawapan yang di beri,
short dan sweet..

bagaimana nak istiqamah??

" jangan ada pada niat kita untuk STOP SEBENTAR dalam DnT, kerana risiko untuk anda tidak berpatah balik semula ke jalan DnT sangat tinggi.."

Katakan TIDAK pada " nak STOP SEKEJAPLAH"..
'
"gua tak percaya antum semua akan thabat dan istiqamah dalam DnT, selepas antum lalu semua 4 fasa hidup ni..

fasa 1st:
Bila kita BACK FOR GOOD (bagi yang belajar di luar negara) / selepas tamat belajar..
masa ni, sape yang nak 'main kejar - kejar' dengan DnT, siap sedia la.. DnT akan pergi pada insan-insan yang bersungguh untuk mencari dan mengejar DnT, bukan DnT yang kejar kita seperti mana kakak2 kita dulu yang sentiasa 'mengejar kita.. realiti Malaysia tidak seperti idealnya luar negara..

fasa 2nd:
Bila kita BEKERJA..

fasa 3rd:
Bila kita BERUMAH TANGGA..

fasa 4th:
Bila kita BERANAK -PINAK..

"kalau kesemua fasa2 ni, kita masih thabat dengan DnT.. baru boleh kata kita tetap dengan DnT."

tambahan saya,
fasa 5th:
Bila kita KEMBALI KEPADA ALLAH

Wah!!
hidup masih jauh,
baru lepas 2 fasa.. itupun fasa yang ke-2, ujian2nya baru bermula.

kena perbaharui niat selalu, supaya Allah terus membantu.
kena doa selalu, supaya kaki ini istiqomah atas jalan yang lurus..

salam

Friday, April 6, 2012

Tetap

bismillah,
segala puji bagi Allah, Raja seluruh makhluk,
selawat dan salam,buat junjungan agung, Muhammad s.a.w

alhamdulillah,
masuk bulan ke 5 saya kerja..
siapa sangka,
percaturan Allah menetapkan saya dibumi ini,
membantu saya mengenal serba sedikit realiti malaysia,
yang banyak memakukan,
kaki - kaki daie muda,
yang dahulunya sangat bersemangat waja,
kini,
hammasah - hammasah itu di sedut oleh masalah2 realiti,
yang wujud di bumi sendiri.

Doa saya pada Allah,
sebelum saya dipost kemana-mana,
supaya tempatkan saya dimana sahaja yang Allah tahu ia terbaik untuk dakwah dan tarbiyah..
dan Allah menghantar ke sini,
bumi yang tak pernah ku sangka akan ku jejaki lagi.
kali terakhir saya bertandang ke bumi ini ketika saya di sekolah rendah..
lama tak?? =)

sepanjang di sini,
aku memerhati,
mereka amat jujur dengan janji - janji mereka pada Allah.
Janji mereka untuk melaksanakan amanah sebagai seorang hamba Allah dan khalifah dimuka bumi..

akhawat2 di sini sangat cekal, kuat, tabah dan sabar..
ingat lagi time mukhayyam,
salah seorang dari groupmate saya yang mengandung,
anak 3 orang,
semua dia bawa ke mukhayyam,
dan dia tidak menggunakan alasan mengandung dan anak ramai dan masih kecik - kecik tu dia tidak hadir ke mukhayyam..
Allah.. Hanya Allah sahaja Pemberi kekuatan pada manusia.

sorang lagi akhawat,
sewaktu explore race berlangsung time mukhayyam,
anak kecil sentiasa dikendong,
sampai je di check point,
akhawat ni mentasmik hafalan al-qur`an yang wajib dihafal sebelum datang ke mukhayyam,
dalam masa yang sama, dia menyusukan anaknya yang masih bayi..
Allah.. Dia sahaja sebaik - baik tempat bergantung.

dan,
sorang lagi akhawat,
masa tu time katibah (qiammulail);
anak 10 tahun dan anak jiran dibawa bersama..
tepat jam 5 pagi,
ketika para ibu2 sedang khusyuk bertawajjuh pada Allah,
dia menghampiri anak kecilnya,
dikejut dan diberi kata - kata semangat kepada anak kecil,
untuk bangun berqiammulail dengan akhawat2 yang lain,
yang jauh lebih tua dari anak kecil ini..
Allah..
benarlah,
tangan ibu yang menghayun buaian,
dia yang akan menghasilkan rijal yang mengegar dunia.

Ya Allah,
mampukah aku menjadi seperti mereka??
Yang sentiasa meletakkan Allah dan RasulNya sebagai matlamat utama dalam hidup.
yang akan melalui ujian - ujian dengan tenang dan bersemangat untuk mencapai redho Allah..
yang mendidik generasi akan datang untuk menyambung rantai - rantai perjuangan para rasul dan sahabat..
yang memimpin generasi kini, membawa menghadap Allah dalam keadaan yang sejahtera..

Allahu Rabbuna..

'Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkan hati kami di atas agamaMu, ketaatan kepadaMu, dan jihad di jalanMu'

salam.

Friday, February 24, 2012

5.30 pagi

bismillah,

segala puji bagi Allah, Raja sekalian makhluk,
selawat dan salam buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

dah hampir 2 bulan duduk di Bayt Rufaydah..
jauh,
1 jam dari Marang,
tempat aku bekerja..

sebenarnya,
adik ku Aisyah,
dan Abah..
yang menguatkan lagi keputusan ku untuk duduk jauh dari tempat kerja..

masa saya call umi untuk tanya pendapat untuk duduk di Rufaydah..
tenang aje jawapan umi..

"kak long, tak pe je kalau duduk jauh, yang penting bakal housemate kita tu, kita kenal kebaikannya dan tenang hati bila duduk rumah tu,
sekolah Abah dan Aisyah lagi jauh dari rumah,
pukul 5.30pagi Abah dan Aisyah dah bertolak dari rumah,
untuk ke Sekolah Hira' di Jeram"

terus ku terbayang wajah Aisyah dan Abah..
sangat kuat dan tabah..
rumah ku di Jalan Duta,
sekolah Abah dan Aisyah di Jeram, Selangor..
Abah berjalan jauh untuk mendidik anak2 di sana,
Aisyah juga berjalan jauh untuk mendapat tarbiyah dan pendidikan di sana..

terasa diri kerdil,
kalau perjalanan yang hanya mengambil masa 1 jam,
diri ini tidak mampu menghadapinya.. =)

akhirnya keputusan telah diambil,
untuk kehidupan yang lebih baik..

gembira duduk di Rufaydah,
ada adik Sakinah dan adik Adilah..
lepas ni tambah lagi,
kak Wan dan kak Faj..

p/s: Hari-hari perjalanan ditemani Rantisi..Rantisi nama kereta saya =)

Alhamdulillah.. =)

salam.

Sunday, January 1, 2012

aku bisik jee..

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb sekalian makhluk,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

al-kisahnya,
pada pukul 9 mlm, abah Mayo akan tiba di stesen bas.
mula dari pukul 8.15 mlm, Mayo sibuk dengan internet..
pukul 8.27 mlm, azan isyak berkumandang..
Mayo terus dengan internetnya.

jam terus bergerak,
hampir pukul 9 mlm,
Mayo terus dengan internet,
sangkaannya,
bas akan tiba lebih lewat dari jadual perjalanan asal..

tepat jam 9 mlm,
telefon berbunyi,
lamunan dari keasyikan internet terjaga,

aaaahh,
dah berdosa!! =_=
tak solat isyak lagi!! T_T

terus teringat ayat Al-Qur`an,

"Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab)telah diselesaikan,
"Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu janji tetapi aku menyalahinya. TIDAK ADA KEKUASAAN KU TERHADAPMU, melainkan SEKADAR AKU MENYERU KAMU, lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu, janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukanku (dengan Allah) sejak dahulu."
Sungguh, orang yang zalim akan mendapat siksa yang pedih.

(Ibrahim:22)

syaitan,
akan terus beusaha membisikkan pelbagai agenda dan idea untuk manusia terus membuat dosa kepada Allah s.w.t

ingat!!
SYAITAN HANYA BISIK JEE...

yang buat keputusan sama ada nak ikut atau tidak..
terpulang pada manusia.
jika neraca Iman berat pada hati seseorang manusia, maka dia akan tinggalkan bisikan - bisikan syaitan..
jika neraca jahiliyah yang memberati hati manusia, maka semakin enak bisikan syaitan untuk terus diikuti..

semoga Allah mengampuni dosa hamba - hambanya yang lemah ini..+_+

salam =)

Saturday, December 24, 2011

pengsan..

bismillah,

segala puji bagi Allah, Raja sekalian makhluk,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

ketika nafas sedang dihirup,
kaki sedang melangkah,
mata sedang melihat,
dan mulut sedang berkata - kata..
semua perkara ini kita buat dengan bersahaja,
tanpa tahu kenapa..

kadang2 kerana keinginan,
kadang2 kerang keperluan,
kadang2 kerang keterpaksaan,
kadang2 kerana nafsu yang selalu membisikkan kejahatan,
kadang2 kerana kehendak manusia yang lain..

seorang sahabat Rasulullah,
Muawwiyah bin Abi Sufyan
ketika mendengarkan hadith tentang balasan orang yang riya',
hatinya sangat takut,
sehingga beliau PENGSAN,
kerana sangat2 takutkan balasan yang pedih bagi manusia - manusia yang membuat kebaikan..

bayangkan,
golongan2 manusia yang didunianya dikenali sebagai orang yang tip top dikalangan penduduk bumi,
akhirnya,
ketika hari penghisaban,
Allah membongkar segala isi hati dan niatnya yang bukan kerana Allah di hadapan seluruh manusia..

"Sesungguhnya manusia pertama yang dibicarakan pada Hari Kiamat ialah SEORANG LELAKI YANG MATI SYAHID. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat - nikmatnya. Dia pun mengakuinya.
Allah berfirman: " Apakah yang telah kamu buat dengan nikmat - nikmat itu??
Dia menjawab: "Aku berjihad di jalanMu sehingga aku mati syahid"
Allah berfirman: " BOHONG!!!" Tetapi kamu telah berperang supaya kamu digelar orang yang berani dan itulah yang telah dikatakan kepada kamu"
Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke neraka, lalu dia diseret atas mukanya hingga dihumban ke dalam neraka.

"Dibicarakan pula seorang LELAKI YANG TELAH MEMPELAJARI ILMU, MENGAJARKAN AL-QUR'AN DAN MEMBACA AL-QUR'AN. Dia dibawa untuk dihisab. Lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat - nikmatnya, lalu dia mengakuinya.
Allah berfirman: Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat - nikmat ini??
Dia menjawab:"Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca Al - Qur`an keranaMU"
Allah berfirman:" BOHONG!!" Tetapi kamu mempelajari ilmu supaya kamu digelar alim. Kamu membaca Al - Qur`an supaya kamu digelar qori. Itulah yang telah dikatan mereka kepada kamu"
Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke neraka, lalu dia diseret di atas mukanya sehingga dihumban ke dalam neraka.

"Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah berikan kesenangan dan pelbagai jenis harta. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkan tentang nikmat - nikmatnya. Dia pun mengakuinya
Allah pun bertanya: "Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat - nikmat itu??"
Dia pun menjawab: "Aku tidak meninggalkan pun sesuatu jalan kebaikan yang Engkau sukai melainkan aku bersedekah kepadanya kerana-Mu"
Allah berfirman: "BOHONG!!!" tetapi engkau berbuat begitu supaya engkau digelar pemurah, dan itulah yang telah dikatakan kepada kamu"
Kemudian diperintahkan agar dia dibawa ke neraka. Dia pun diseret di atas mukanya, kemudian dihumbankan ke dalam neraka.
(Riwayat Muslim)


setelah Muawiyyah sedar dari PENGSAN,
beliau berkata:
"Benarlah Allah s.w.t dan RasulNya..

Firman Allah:

"Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan tunaikan kepadanya ganjaran amalan baik mereka di dunia, dan (balasan) mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun di dunia. Merekalah orang yang TIDAK MENDAPAT APA - APA PADA HARI AKHIRAT kelak melainkan azab neraka."
(Hud:15 - 16)

Diriwayatkan bahawa sebahagian ulama salaf berkata:
"Sesiapa yang mahu berasa gembira dengan kesempurnaan amalannya, hendaklah dia mengelokkan hatiya, kerana Allah Azza Wa Jalla memberikan pahala kepada seseorang hamba apabila niatnya elok, walaupun dengan sesuap makanan"

Sufyan Ath - Thauri berkata:
"Saya tidak pernah menguruskan sesuatu yang lebih sukar daripada menguruskan niat saya, kerana is selalu berubah - ubah"

salam. =)

Tuesday, November 22, 2011

adaptasi lama - lama??

bismillah,

alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. al-khaliq yang menciptakan segala-galanya
selawat dan salam buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

lama kan blog ni tak ter'update'..
saya pun tak tahu kenapa tak de 'rasa' nak tulis sejak balik dari bumi anbiya'..
mungkin mengambil masa adaptasi di bumi tercinta..
kerana buminya tak sama macam bumi anbiya'..
manusianya berbeza..
budayanya berbeza..

macamlah saya ni duduk lama sangat kat bumi anbiya' sampai saya lupa budaya dan realiti bangsa sendiri.. =_=
tapi,
memang betul pun, bukan lupa.. tapi dah tak biasa..
walaupun hanya 5 tahun di bumi anbiya' berbanding saya hidup di Malaysia yang 18 tahun lamanya..
namun,
dalam fasa ini, peribadi saya, pemahaman saya terhadap sesuatu perkara, muamalah saya dan lain2 dibentuk sepanjang saya di bumi anbiya'.

kalau di bumi anbiya', saya boleh buat apa sahaja yang saya mahu,
tidur rumah akhawat berhari - hari..
jalan sana, jalan sini..
boleh gi program tanpa sekatan jalan raya,
boleh baca buku selama mana yang mahu, (walaupun kadang2 saya tersengguk gak)
boleh gi main2 dengan adik2..

namun,
bila kita balik ke tanah air,
komitment sudah ada.
masa dengan family,
tanggungjawab sebagai anak,
sudah kerja,
nak gi mana2, naik transport awam dengan perjalanan yang lama dan jauh untuk laksanakan Shahadatul Haq..

sebab tu,
jangan pelik kalau ada insan yang futur bila pulang ke tanah air,
ujian2 yang terlalu banyak di bumi sendiri..
ujian yang akan menguji segala teori yang telah kita belajar di bumi anbiya'.
menguji segala kata - kata yang pernah kita ucapkan sewaktu kita tengah semangat di masa dahulu kala..

teringat kata - kata seorang akhawat Jepun yang telah back for good..
"jangan ambil masa yang terlalu lama untuk antum mengadaptasi dengan DnT di bumi ini, banyak lagi kerja yang perlu dibereskan"

kini,
saya di bumi yang lautnya terbentang luas,
bumi yang kaya,
untuk disuburkan benih - benih yang baru..

doakan saya thabat dengan ISLAM sehingga saya selamat bertemu dengan Allah.

salam

Thursday, October 13, 2011

jumpa orang..

bismillah,

segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.w.t

hari ni,
masuk 3 bulan diri ini kat Malaysia..
adakah saya bosan??
alhamdulillah saya tak bosan..
kalau ada kerja yang nak dibuat,, tentunya tak bosan.. kan??
time ni lah nak berkenalan dengan ramai orang..
belajar melihat bumi malaysia yang hidup (walaupun tak sehidup jakarta)
dan melihat gelagat manusia di dalamnya.

manusia,
bila diberitakan tujuan hidup mereka ke bumi ini..
ada yang tahu, tapi tak faham..
ada yang tahu, tapi tak nak buat..
ada yang cuba untuk memahaminya, lantas berusaha untuk menjadi Muslim yang lebih baik..
ada yang sudah memahaminya, tapi masih susah untuk berubah menjadi yang lebih baik kerana suasana yang kurang membantu..
ada yang tak boleh terima.. betul ke ini tujuan aku lahir ke dunia??
tapi aku yakin, dia masih berusaha untuk menjelaskan persoaalan2 yang baru tiba di kotak fikirannya.

lagi ramai kita berjumpa manusia,
insya-Allah lagi banyak kita belajar untuk berlapang dada dengan manusia lain.

salam.