Pages

Tuesday, November 22, 2011

adaptasi lama - lama??

bismillah,

alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. al-khaliq yang menciptakan segala-galanya
selawat dan salam buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

lama kan blog ni tak ter'update'..
saya pun tak tahu kenapa tak de 'rasa' nak tulis sejak balik dari bumi anbiya'..
mungkin mengambil masa adaptasi di bumi tercinta..
kerana buminya tak sama macam bumi anbiya'..
manusianya berbeza..
budayanya berbeza..

macamlah saya ni duduk lama sangat kat bumi anbiya' sampai saya lupa budaya dan realiti bangsa sendiri.. =_=
tapi,
memang betul pun, bukan lupa.. tapi dah tak biasa..
walaupun hanya 5 tahun di bumi anbiya' berbanding saya hidup di Malaysia yang 18 tahun lamanya..
namun,
dalam fasa ini, peribadi saya, pemahaman saya terhadap sesuatu perkara, muamalah saya dan lain2 dibentuk sepanjang saya di bumi anbiya'.

kalau di bumi anbiya', saya boleh buat apa sahaja yang saya mahu,
tidur rumah akhawat berhari - hari..
jalan sana, jalan sini..
boleh gi program tanpa sekatan jalan raya,
boleh baca buku selama mana yang mahu, (walaupun kadang2 saya tersengguk gak)
boleh gi main2 dengan adik2..

namun,
bila kita balik ke tanah air,
komitment sudah ada.
masa dengan family,
tanggungjawab sebagai anak,
sudah kerja,
nak gi mana2, naik transport awam dengan perjalanan yang lama dan jauh untuk laksanakan Shahadatul Haq..

sebab tu,
jangan pelik kalau ada insan yang futur bila pulang ke tanah air,
ujian2 yang terlalu banyak di bumi sendiri..
ujian yang akan menguji segala teori yang telah kita belajar di bumi anbiya'.
menguji segala kata - kata yang pernah kita ucapkan sewaktu kita tengah semangat di masa dahulu kala..

teringat kata - kata seorang akhawat Jepun yang telah back for good..
"jangan ambil masa yang terlalu lama untuk antum mengadaptasi dengan DnT di bumi ini, banyak lagi kerja yang perlu dibereskan"

kini,
saya di bumi yang lautnya terbentang luas,
bumi yang kaya,
untuk disuburkan benih - benih yang baru..

doakan saya thabat dengan ISLAM sehingga saya selamat bertemu dengan Allah.

salam

2 comments:

Ulya Salsabila said...

salam kak mae..
^_^. setelah sekian lama merindui penulisan kak mae..hehe :)

InsyaALlah kheir...smg akak thabat sehingga ke titik akhir dunia.
Ameen, ameen...ameen ya rabbal alameen

mayo said...

terima kasih adik manis =)

awak memang adik yang sangat baik.

=) =) =)