bismillah,
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabbul alamin
selawat dan salam buat junjungan teragung, Muhammad s.w.t
sejak menjejakkan kaki di bumi Jordan,
ku mula merasai nikmat berpuasa dan beraya di sana,
sepanjang 5 tahun di sana,
5 kali juga ku berpuasa dan beraya di sana.
iaitu pada tahun 2006,2007,2008,2009,2010..
lebaran tahun 2011 berbeza,
sempat berpuasa selama 5 hari + beraya di bumi yang telah lama saya tinggalkan iaitu 11 tahun yang lalu,
tahun ni ku ke sana semula,
ke bumi Kg.Sidoko, Tangerang yang lama perjalanannya dari bumi Jakarta,
walaupun sebenarnya jarak tidak terlalu jauh,
cuma jalan yang 'macet' dan berliku-liku menjadikan perjalanan mengambil masa yang lama.
ku amat merindui mereka sana,
selalu mereka bertanya,
"mae, betah enggak??" (mae, selesa tak duduk di sini??)
mungkin mereka risau,
anak bandar,
duduk di tengah - tengah sawah,
ditemani 'bebek - bebek' dan 'bocah-bocah',
bermandikan air perigi (sejuk sangat),
bila time masak, berkepul - kepul asap di dapur sebab nenek dan kak mar masak guna dapur kayu.
yang paling best, kalau nak makan ayam, kena cari ayam hidup, baru sembelih dan dimasak..
kalau nak makan 'bebek', kena cari 'bebek' hidup,
kemudian sembelih dan masak.. begitu juga kalau nak makan kambing, kena cari kambing hidup, sembelih, dan bakar... hihi..
saya rindu rumah nenek.. =)
malam raya pun tiba,
takbir raya bermula dari selepas Maghrib hinggalah Subuh!!!
mercun tak berhenti2 berdentum,
kacang kuda 20kg yang nenek pesan dari abah mula direbus dan dibungkus-bungkus dalam plastik2 kecil,
sebagai hidangan tambahan buat saudara-mara dan jiran-jiran nenek yang datang beraya di rumah,
dan sebagai balasan kuih - muih yang diberi kepada nenek,
buat 'bocah-bocah', mesti akan dapat 'permen' yang berbatang sebagai hadiah,
tinggallah baki 2kg kacang kuda setelah terbenam matahari raya pertama.
(kat kampung nenek saya, tidak wujud kacang kuda..kalau tak nenek saya nak 50kg kacang kuda dari malaysia sebab nak bagi kat sedara -mara)
bersalah mode =_=.. acik Dentist kasi 'permen' sama 'bocah - bocah'..
raya ke-4,
menuju ke Kota Jakarta,
bermalam di RI Zilal,
iaitu rumah akhawat jakarta,
1 rumah duduk 15 orang!!
ramai tak??? =)
memang belajar untuk menjadi Individu Muslim.
siapa yang pernah ke Jakarta,
anda akan tahu suasana yang selalu hingar bingar dan 'macet'
tahun ni,
ada akhawat yang tak balik raya,
sebab ada praktikal di hospital,
hospital bukannya dekat,
masing2 akhawat tercampak merata - rata dibumi Jakarta yang amat luas itu.
tabik buat akhawat2 jakarta,
yang gigih dan kuat untuk terus hidup, mengejar cita - cita dan berDnT di bumi Jakarta.
p/s:
1-alhamdulillah, sampai juga saya ke kedai buku Buyong, toko buku yang kecil sekali, tapi buku-buku tarbiyah saaaaaaaaaaaaaaangat banyak disitu.
2- All the best buat akhawat yang akan ber'SOKA' di Universiti Trisakti.. didoakan antum naik tahun seterusnya dengan cemerlang.=)
kamus:
-macet = traffic jam
-bocah = kanak - kanak
-bebek = itik
-permen = gula- gula
salam.
1 comments:
salam'alaik~
waahh...suka sekali bila versi indonesia dikarang Kak Mae. =)
tapi..'SOKA' tu apa? hee.
^_^
Post a Comment