Pages

Tuesday, August 11, 2009

0= bila berjalan =0

bismillah..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..

insya-Allah, kali nak kongsi mengenai perjalanan Ummu Salamah ke Madinah..
so, sape2 yang nak dimurakibkan atau memurakibkan, bolehlah ambil teladan dari kisah ini..

semasa peristiwa hijrah ke madinah, ummu salamah + suami + salamah (anaknye) bertolak ke madinah.. dalam perjalanan ke madinah, bani makhzumi dari belah keluarga ummu salamah dan bani abdil asad dari belah suaminya telah menghalang perjalanan mereka.. akhirnya, suami ummu salamah berjaya meneruskan perjalanan ke madinah, manakala anaknya dirampas oleh bani abdil asad dan ummu salamah terpaksa berpatah balik ke mekah mengikut kabilah beliau..

selama setahun ummu salamah menangis disebabkan peristiwa tersebut dan akhirnya kabilah ummu salamah (bani makhzumi) mengizinkan beliau untuk berhijrah..



on the way tgh nak ke madinah..
ummu salamah + anaknya + unta bertemu dengan seorang lelaki yang bernama uthman bin talhah.. dan uthman telah menawarkan diri untuk memurakibkan mereka kerana perjalanan dari mekah ke madinah sangat jauh..

tibalah saat untuk berehat..
ummu salamah + anaknya --- akan berehat di kawasan lain
uthman --- berehat kat tempat lain
unta --- kena tambat

bila dah nak bertolak..
1st step = ummu salamah akan pergi ke tempat berehat uthman dan begitau mereka hendak
meneruskan perjalanan. ummu salamah pun patah balik ke tempat beliau dan anaknya berehat.

2nd step = uthman pergi ke tempat unta ummu salamah ditambat. kemudian beliau
menyiapkan unta tersebut untuk meneruskan perjalanan.. dan uthman patah balik ke tempat beliau berehat.

3rd step = barulah ummu salamah dan anaknya datang semula ke tempat unta tersebut dan
menaiki unta untuk meneruskan perjalanan..

4th step = bila ummu salamah dan anaknya dah stabil diatas unta.. uthman pun datang dari
tempat dia berehat dan meneruskan perjalanan mereka ke madinah..

itula perkara yang berlaku setiap kali mereka berehat..
subhanallah.. mereka begitu menjaga adab2 ketika musafir dan adab2 pergaulan, inilah antara contoh generasi rabbani yang dibentuk oleh Rasulullah..

cadangan:

1-setiap kali syabab murakib akhawat balik rumah.. better syabab jalan depan, akhawat jalan
belakang.. (ambil contoh kisah nabi musa dan puteri nabi syuaib)

2-akhawat yang jalan kat belakang,
-- lajukanlah langkah anda (supaya tak jauh sangat jarak akhawat dengan syabab yang memurakibkan akhawat, senang sikit nak tanya direction)..
-- perlahankanlah suara anda ketika bercakap..kalau boleh, tak yah cakap ape2 pun lagi bagus.. just bagi direction rumah je..

semoga Allah mengira segala amal mahmudah sebagai hasanat..

quiz: apakah nama sebenar ummu salamah??

salam

Sunday, August 9, 2009

jatuh..

bismillah..

selamat membaca..

salam..

Thursday, August 6, 2009

baju

bismillah..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. masih diizinkan utk hidup..
syukurilah segala nikmat hidup yang Allah bagi..

entry kali ni pendek je..
nak mengingatkan diri pada peringatan yang menyentuh hati kecil ini..

semoga same2 dapat ambil istifadah..
Diriwayatkan dalam kitab Tirmidzi dari Umar al-Khattab ra :

Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

Barangsiapa memakai baju baru lalu berkata :

“Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku pakaian yang menutupi auratku dan yang kupakai untuk berhias dalam hidupku.”

Lalu kemudian dia mengambil baju yang lama lalu disedekahkan dengannya, maka dia dalam penjagaan Allah dan dalam naunganNya Azza wa Jalla dan di Jalan Allah hidup dan mati.

selalu ingat pada abah bila teringat hadis ni..
abah sangat jarang beli baju baru..
abah pandai jaga baju2 yang ada, sebab tu baju2 abah yang tahan lama..
dan abah sangat bersederhana..
semoga tiada baju2 yang dibeli tapi tidak terpakai disebabkan terlalu banyak..
kalau rasa dah tak nak pakai baju2 lain.. sedekah lebih baik..
orang lain dapat guna, kita dapat pahala..

Islam itu indah.. (^_^)

salam..

Thursday, July 23, 2009

Mari

bismillah..

ikhlaskan niat untuk ke sana..
p/s: lambat kena duduk belakang..

salam..

Friday, July 17, 2009

bawah pokok..

bismillah..

alhamdulillah, setinggi kesyukuran pada Allah s.w.t... yang memberi nikmat syukur buat hamba2 yang mahu bersyukur..

bersyukurlah kepada Allah kerana diberi nikmat syukur..dengan nikmat ini, saya belajar mengenal pencipta saya dan alam ni.. dan seterusnya mendorong untuk taat kepada-Nya..

Maka dia(Sulaiman) tersenyum lalu ketawa kerana terdengar perkataan semut itu. Dan dia berdoa, "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang engkau redai, dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba2-Mu yang soleh.

An - Naml:19


semoga Allah mengekalkan nikmat ini..

alhamdulillah, 13 julai 2009.. antara detik yang paling manis..
sebabnya.. kepulangan Dr. Fadhilah ke bumi malaysia..

kenapa ni detik paling manis??

selalunya kalau orang tinggalkan kita.. itulah saat paling sedih..
syukur pada Allah, kak fadhilah balik dengan membawa 2 title DOKTOR

1st :Daieah Rabbani (DR)
2nd : as a Medical Doctor

semoga Allah terus membantu kak fadhilah dan kakak2 yang lain (^_^)

sebenarnya entry kali ni nak kongsi mengenai perjalanan ketika menghantar kak fadhilah ke airport..

lebih kurang jam 3 petang, masing2 telah ke bab ra`isi jamiah untuk tunggu coster yang akan ke airport.. masa tu ada dalam 11 org yang duduk bawah pokok kat depan bab ra`isi..

daripada buang masa tunggu coster kat bawah pokok, baik dengar tazkirah dari sahabat2.. dapat tambah bekal..(^^,)

tazkirah first--

1 ayat dari surah al - qiyamah

Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri (al - qiyamah:14)

saya takut apabila membaca ayat ini.. di hari akhirat, kita sendiri yang akan bertanggungjawab atas segala yang kita lakukan .. samada amalan itu baik atau buruk, semua itu akan dipersoalkan.. dah tak de chance dah nak tuding2 kesalahan kita disebabkan orang lain dan, masa tu mulut kena tutup. anggota lain yang akan berkata2 sebagai saksi terhadap segala perilaku kita..

subhanallah..

dalam ketakutan manusia untuk dihisab, dengan keadaan matahari sejengkal di atas kepala.. tiapa siapa yang dapat memberi syafaat melainkan Allah s.w.t..

antara golongan yang Allah akan beri perlindungan di hari akhirat:
--> manusia yang berkasih2 sayang kerana Allah..
semoga Allah mengekalkan ukhuwah ini dan berterusan hingga ke syurga..

tazkirah 2nd: sikap proaktif para sahabat dalam membantu menyebarkan Islam..

sahabat 1st -- Salman Al - Farisi
kisah salman al- farisi yang paling famous sekali masa ketika peristiwa perang khandak/ahzab..

ketika Rasulullah dan para sahabat membincangkan strategi untuk pertahanan kota Madinah, akhirnya mereka bersepakat untuk menerima cadangan yang dikemukan oleh Salman Al - Farisi

Kata beliau:
"Wahai Rasulullah, sebenarnya kami di bumi Parsi sekiranya kami dikepung maka kami menggali kubu mengelilingi kami"

Maka Rasulullah segera menerima cadangan tersebut.

sahabat 2nd -- al -Habbab bin Al - Munzir
kisah beliau semasa peperangan Badar

Dimasa perang badar, Habbab selaku pakar ketenteraan bertanya kepada Rasululah :
"Apakah kawasan yang kita bertempat sekarang ini suatu yang sudah ditunjukkan oleh Allah tidak boleh kita maju atau kebelakang selangkah pun?? Atau adakah ianya sebagai taktik dan pemilihan strategi?

Jawab Rasulullah :
Ianya strategi dan taktik semata - mata

kata Habbab :
Kalau demikian ya Rasulullah, ianya buka tempat yang sesuai, tuan boleh berpindah bersama tentera ke perairan kaum musyrikin, kita timbuskan kolah ditepiannya dan kita pula bina takungan, kemudian kita penuhkan dengan air hingga dengan itu semasa peperangan nanti kita akan dapat minum tetapi kaum musyrikin kekeringan dan kehausan..

jawab Rasulullah:
Kau telah memberi pendapat yang baik.

habis je tazkirah, coster sampai dan kami teruskan perjalanan ke airport..
rasa macam g picnic.. siap bawa bekal..

tapi, ada 1 masalah.. enjin coster cepat panas..maka, terpaksalah coster berhenti agak lama kat tepi jalan untuk tunggu enjin sejuk..
walaupun ni memang masalah, tapi alhamdulillah.. dengan masalah ini.. mengajar saya erti bersyukur dan malam tu , dapat tgk bintang2 dan merapatkan ukhuwah antara kami..

semoga Allah menilai semua ini sebagai hasanat..

salam..

Sunday, July 5, 2009

mereka

bismillah..

Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t

kepada yang dah g jamiah.. selamat masuk sem baru.. insya-Allah lagi 2 hari, saya sampai irbid.

saya suka melihat alam dan manusia..
melihat, berfikir dan cuba mentafsir perlakuan mereka dan kejadian mereka..
subhanallah,
saya suka melihat mereka..

isi air biar sampai melimpah

mereka sentiasa senyum apabila bertemu..
mengajar supaya ikhlas ketika melakukan sesuatu..
membantu apabila saya perlukan pertolongan..
mereka mengajar saya supaya tenang..
mengajar supaya sabar..
mengajar supaya bersikap baik dengan org lain ..
mengajar menghormati org lain..
mengajar saya husnu dzon dengan orang lain..

semua itu lahir dari hati..
lahir dari hati yang ikhlas..
lahir dari hati dan jasmani yang kuat beramal..
lahir dari hati yang kuat pergantungannya dengan Allah..

ruh yang sama, tapi jasad berbeza..
saya sentiasa merindui mereka..
saya mahu jadi seperti mereka..


salam..

Friday, July 3, 2009

Pemurahnye.

bismillah..

Alhamdulillah.. segala puji hanya kepada Allah, tuhan sekalian alam.
Agak lama juga tak tulis entry walaupun tgh cuti sebab internet ada prob..

Sebelum bertolak ke Queen Alia Intenational Airport.. masih diizinkan untuk diberi bekal..

Abdullah bin Abbas r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah mencatat hasanat ( kebaikan ) dan sayyi`at ( kejahatan ). Kemudian menjelaskan keduanya. Maka siapa yang berniat untuk berbuat hasanat kemudian tid
ak dikerjakannya, Allah mencatatkan untuknya 1 hasanat, dan jika dia berniat kebaikan, kemudian dia mengerjakannya, dicatatkan 10 hasanat hingga 700 kali ganda atau lebih dari itu. Dan apabila berniat untuk berbuat sayyiat (kejahatan), dan tidak dikerjakannya, Allah mencatat baginya 1 hasanat. Dan jika niat itu dilaksanakan, maka ditulis baginya 1 sayyiat.
(riwayat Bukhori dan Muslim)

MAIN POINT

1. Niat buat baik + tapi tak buat = 1 hasanat

2. Niat baik + kerjakan niat baik tersebut = 10 hasanat hingga 700 kali ganda hasanat atau lebih( banyaknye...(^____________^))

3. Niat jahat + tapi tak buat niat jahat tu = 1 hasanat ( sebab kita tinggal niat jahat tu pun Allah bagi pahala)

4. Niat jahat + kerjakan niat jahat tersebut = 1 sayyiat (Allah tak bagi pun sayyiat banyak2 kalau kita buat jahat)

pahala yang Allah bagi mengikut keikhlasan seseorang ketika beramal..
mungkin kita lihat amal seseorang lagi sikit dari kita, tapi kita tak tahu mungkin dia lebih ikhlas..

-jangan selalu lihat amal manusia yang sikit, tapi kena selalu muhasabah samada amal diri sendiri ikhlas dan diterima Allah atau tidak..

-bagi yang rasa amalnya selalu sikit.. jom kita niatkan untuk beramal, berusaha untuk beramal dan yang penting ikhlaskan niat untuk beramal.

ALLAH ITU MAHA PEMURAH


p/s = buat Ummu Asiah
- Semoga Allah memberkati ummu asiah
- Semoga Asiah jadi anak solehah wa musleh..

salam..