Pages

Thursday, July 23, 2009

Mari

bismillah..

ikhlaskan niat untuk ke sana..
p/s: lambat kena duduk belakang..

salam..

Friday, July 17, 2009

bawah pokok..

bismillah..

alhamdulillah, setinggi kesyukuran pada Allah s.w.t... yang memberi nikmat syukur buat hamba2 yang mahu bersyukur..

bersyukurlah kepada Allah kerana diberi nikmat syukur..dengan nikmat ini, saya belajar mengenal pencipta saya dan alam ni.. dan seterusnya mendorong untuk taat kepada-Nya..

Maka dia(Sulaiman) tersenyum lalu ketawa kerana terdengar perkataan semut itu. Dan dia berdoa, "Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang engkau redai, dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba2-Mu yang soleh.

An - Naml:19


semoga Allah mengekalkan nikmat ini..

alhamdulillah, 13 julai 2009.. antara detik yang paling manis..
sebabnya.. kepulangan Dr. Fadhilah ke bumi malaysia..

kenapa ni detik paling manis??

selalunya kalau orang tinggalkan kita.. itulah saat paling sedih..
syukur pada Allah, kak fadhilah balik dengan membawa 2 title DOKTOR

1st :Daieah Rabbani (DR)
2nd : as a Medical Doctor

semoga Allah terus membantu kak fadhilah dan kakak2 yang lain (^_^)

sebenarnya entry kali ni nak kongsi mengenai perjalanan ketika menghantar kak fadhilah ke airport..

lebih kurang jam 3 petang, masing2 telah ke bab ra`isi jamiah untuk tunggu coster yang akan ke airport.. masa tu ada dalam 11 org yang duduk bawah pokok kat depan bab ra`isi..

daripada buang masa tunggu coster kat bawah pokok, baik dengar tazkirah dari sahabat2.. dapat tambah bekal..(^^,)

tazkirah first--

1 ayat dari surah al - qiyamah

Bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri (al - qiyamah:14)

saya takut apabila membaca ayat ini.. di hari akhirat, kita sendiri yang akan bertanggungjawab atas segala yang kita lakukan .. samada amalan itu baik atau buruk, semua itu akan dipersoalkan.. dah tak de chance dah nak tuding2 kesalahan kita disebabkan orang lain dan, masa tu mulut kena tutup. anggota lain yang akan berkata2 sebagai saksi terhadap segala perilaku kita..

subhanallah..

dalam ketakutan manusia untuk dihisab, dengan keadaan matahari sejengkal di atas kepala.. tiapa siapa yang dapat memberi syafaat melainkan Allah s.w.t..

antara golongan yang Allah akan beri perlindungan di hari akhirat:
--> manusia yang berkasih2 sayang kerana Allah..
semoga Allah mengekalkan ukhuwah ini dan berterusan hingga ke syurga..

tazkirah 2nd: sikap proaktif para sahabat dalam membantu menyebarkan Islam..

sahabat 1st -- Salman Al - Farisi
kisah salman al- farisi yang paling famous sekali masa ketika peristiwa perang khandak/ahzab..

ketika Rasulullah dan para sahabat membincangkan strategi untuk pertahanan kota Madinah, akhirnya mereka bersepakat untuk menerima cadangan yang dikemukan oleh Salman Al - Farisi

Kata beliau:
"Wahai Rasulullah, sebenarnya kami di bumi Parsi sekiranya kami dikepung maka kami menggali kubu mengelilingi kami"

Maka Rasulullah segera menerima cadangan tersebut.

sahabat 2nd -- al -Habbab bin Al - Munzir
kisah beliau semasa peperangan Badar

Dimasa perang badar, Habbab selaku pakar ketenteraan bertanya kepada Rasululah :
"Apakah kawasan yang kita bertempat sekarang ini suatu yang sudah ditunjukkan oleh Allah tidak boleh kita maju atau kebelakang selangkah pun?? Atau adakah ianya sebagai taktik dan pemilihan strategi?

Jawab Rasulullah :
Ianya strategi dan taktik semata - mata

kata Habbab :
Kalau demikian ya Rasulullah, ianya buka tempat yang sesuai, tuan boleh berpindah bersama tentera ke perairan kaum musyrikin, kita timbuskan kolah ditepiannya dan kita pula bina takungan, kemudian kita penuhkan dengan air hingga dengan itu semasa peperangan nanti kita akan dapat minum tetapi kaum musyrikin kekeringan dan kehausan..

jawab Rasulullah:
Kau telah memberi pendapat yang baik.

habis je tazkirah, coster sampai dan kami teruskan perjalanan ke airport..
rasa macam g picnic.. siap bawa bekal..

tapi, ada 1 masalah.. enjin coster cepat panas..maka, terpaksalah coster berhenti agak lama kat tepi jalan untuk tunggu enjin sejuk..
walaupun ni memang masalah, tapi alhamdulillah.. dengan masalah ini.. mengajar saya erti bersyukur dan malam tu , dapat tgk bintang2 dan merapatkan ukhuwah antara kami..

semoga Allah menilai semua ini sebagai hasanat..

salam..

Sunday, July 5, 2009

mereka

bismillah..

Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t

kepada yang dah g jamiah.. selamat masuk sem baru.. insya-Allah lagi 2 hari, saya sampai irbid.

saya suka melihat alam dan manusia..
melihat, berfikir dan cuba mentafsir perlakuan mereka dan kejadian mereka..
subhanallah,
saya suka melihat mereka..

isi air biar sampai melimpah

mereka sentiasa senyum apabila bertemu..
mengajar supaya ikhlas ketika melakukan sesuatu..
membantu apabila saya perlukan pertolongan..
mereka mengajar saya supaya tenang..
mengajar supaya sabar..
mengajar supaya bersikap baik dengan org lain ..
mengajar menghormati org lain..
mengajar saya husnu dzon dengan orang lain..

semua itu lahir dari hati..
lahir dari hati yang ikhlas..
lahir dari hati dan jasmani yang kuat beramal..
lahir dari hati yang kuat pergantungannya dengan Allah..

ruh yang sama, tapi jasad berbeza..
saya sentiasa merindui mereka..
saya mahu jadi seperti mereka..


salam..

Friday, July 3, 2009

Pemurahnye.

bismillah..

Alhamdulillah.. segala puji hanya kepada Allah, tuhan sekalian alam.
Agak lama juga tak tulis entry walaupun tgh cuti sebab internet ada prob..

Sebelum bertolak ke Queen Alia Intenational Airport.. masih diizinkan untuk diberi bekal..

Abdullah bin Abbas r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah mencatat hasanat ( kebaikan ) dan sayyi`at ( kejahatan ). Kemudian menjelaskan keduanya. Maka siapa yang berniat untuk berbuat hasanat kemudian tid
ak dikerjakannya, Allah mencatatkan untuknya 1 hasanat, dan jika dia berniat kebaikan, kemudian dia mengerjakannya, dicatatkan 10 hasanat hingga 700 kali ganda atau lebih dari itu. Dan apabila berniat untuk berbuat sayyiat (kejahatan), dan tidak dikerjakannya, Allah mencatat baginya 1 hasanat. Dan jika niat itu dilaksanakan, maka ditulis baginya 1 sayyiat.
(riwayat Bukhori dan Muslim)

MAIN POINT

1. Niat buat baik + tapi tak buat = 1 hasanat

2. Niat baik + kerjakan niat baik tersebut = 10 hasanat hingga 700 kali ganda hasanat atau lebih( banyaknye...(^____________^))

3. Niat jahat + tapi tak buat niat jahat tu = 1 hasanat ( sebab kita tinggal niat jahat tu pun Allah bagi pahala)

4. Niat jahat + kerjakan niat jahat tersebut = 1 sayyiat (Allah tak bagi pun sayyiat banyak2 kalau kita buat jahat)

pahala yang Allah bagi mengikut keikhlasan seseorang ketika beramal..
mungkin kita lihat amal seseorang lagi sikit dari kita, tapi kita tak tahu mungkin dia lebih ikhlas..

-jangan selalu lihat amal manusia yang sikit, tapi kena selalu muhasabah samada amal diri sendiri ikhlas dan diterima Allah atau tidak..

-bagi yang rasa amalnya selalu sikit.. jom kita niatkan untuk beramal, berusaha untuk beramal dan yang penting ikhlaskan niat untuk beramal.

ALLAH ITU MAHA PEMURAH


p/s = buat Ummu Asiah
- Semoga Allah memberkati ummu asiah
- Semoga Asiah jadi anak solehah wa musleh..

salam..

Monday, June 22, 2009

tersepit

bismillah..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. tuhan sekalian alam..
dan masih diberi kesempatan untuk menaip entry..
maaf kalau entry selalu bosan.. (^__^)

kadang2 saya rasa bosan dengan keadaan dunia sekarang, dunia penat dan melelahkan..
tapi kepenatan itu tidak berbaloi dengan hasilnya..
sebab hasilnya tidak membawa ke matlamat akhir kita.. AKHIRAT..
so, jangan lupa dalam setiap usaha, berusaha untuk IKHLAS dan jadikan setiap amal sebagai ibadah..

penat dengan sistem2 yang ada pada dunia sekarang
hampir semua membawa kepada kefasadan.. manusia try and error.. sedangkan sistem yang terbaik telah dibentang dihadapan mata.. ISLAM

saya masih ingat kata2 seorang murabbiah..

"mereka menukarkan sistem pendidikan daripada sistem penggal kepada sistem semester, murid2 dilonggokkan dengan exam, kertas kerja dan sebagainya, sehingga tiada masa untuk berprogram (program tarbiyah), daurah, tamrin, katibah, rehlah, katibah dan sebagainya"

fakulti perubatan dan hospital King Abdullah (KAUH)

sistem semester dijalankan di universiti saya sekarang.. Jordan University of Science and Technology.. dalam sistem semester, pelajar2 diwajibkan untuk mengambil semester musim panas.. maka,takdelah cuti 3 bulan.. cuti antara semester 2 minggu dan cuti nak naik tahun lebih kurang 1 bulan.. itu pun, bila start cuti.. semua pergi merata2.. nak hilangkan tension.. sebab exam dalam setiap semester melambak2.. 1 subjek exam 3 kali.. kalau 6 subjek?? 18 kali examss satu semester.. kalau muaddal tak lepas.. dah kena ulang 1 tahun.. kadang2 tu, ada yang ulang setahun untuk ulang 1 atau 2 subjek je.. itulah yang mencuakkan bagi sesiapa yangg belajar kat JUST..

tapi, saya yang sudah ditaqdirkan Allah di untuk belajar di universiti JUST.. tak boleh nak terus mengeluh dengan keadaan yang ada..kita kena yakin, dengan taqdir yang Allah telah tuliskan untuk kita, kita mampu untuk lebih dekat kepada-Nya, lebih menghargai masa yang ada.. masa yang diguna memahami, mengamalkan dan mengajarkan Islam untuk diri ini dan generasi2 yang akan datang..

inilah proses Tarbiyah saya dan kita..

semoga Allah menthabatkan kita.
semoga Allah membukakan lebih banyak lagi jalan2 untuk dekat kepadaNya.
semoga Allah menerangkan lebih banyak hati2 untuk beramal dengan Islam.

salam.

Saturday, June 20, 2009

G.A.N.T.I ($_$)

bismillah..

Alhamdulillah, segala kesyukuran hanya kepada Allah
Dialah yang membuka rezeki hamba-hambaNya dari arah yang tidak dijangka..
sesungguhnya Dia lebih mengetahui mana yang terbaik buat kita.

Allah tidak akan mengambil sesuatu melainkan untuk memberi sesuatu yang lebih baik..

MORALS semalam..

1-Rajin2 simpan duit, boleh guna untuk kecemasan (alhamdulillah cukup)
2- tolong orang, jangan susahkan orang lain
3-mati itu Allah yang susun.. (get ready)

lepas ni kena top up minyak banyak2.. jadi bekalan,, nanti nak guna lama..

dah tak boleh nak PAUSE2 dah..
sekarang kena STOP dan PLAY dengan lajunya..

HAMASSATI SYABAB + HIKMATU ASy-SYUYUKH

cuti elok2 ye..
selamat bercuti..

salam.

Sunday, May 31, 2009

sabar ye..

bismillah

Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk hidup di bumi..
terus saya teringat seorang pelajar malaysia yang meninggal dunia di water fall kat USA minggu lepas, baru 20 tahun.. inna lillahi wa inna ilaihi roji`un.. kepada Allah tempat kita kembali)
20 tahun, umur yang muda, tapi jangan lupa, kita tak leh nak halang malaikat maut ambil nyawa, bila2 dia boleh datang..
so, kena selalu get ready.. (semoga Allah terus membantu)

alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk tadabur Al - Qur`an..
pengajaran yang sangat berguna lebih2 lagi kepada kita ( as student )

maka bermulah kisah seorang pelajar dan guru,,
sape2 nak lebih zuq lagi, bolehla buka surah 18, ayat 60 - 82
dah buka??
dah tahu ke ni citer ape??

nilah kisah nabi musa yang hendak belajar dari nabi khidr

MORALS OF THE STORY

1-KEAZAMAN YANG KUAT (ayat 60)
"Dan ( ingatlah) ketika musa berkata kepada pembantunya:
"Aku tidak berhenti berjalan sebelum sampai ke pertemuan dua laut, atau aku akan berjalan (terus sampai) bertahun - tahun.
-gigihkan nabi Musa, selagi beliau tak jumpa nabi Khidir, beliau akan terus berjalan sampai jumpa nabi Khidr, walaupun akan mengambil masa bertahun - tahun.

2-NAK GI BELAJA, KENA BAWA BEKAL YANG CUKUP (ayat 62)
Maka ketika mereka telah melewati (tempat itu), musa berkata kepada pembantunya,
" Bawalah kemari makanan kita, sungguh kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini"

3-SABAR ( key point)
setelah Nabi Musa berjaya bertemu ngan nabi Khidr
Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku menngikuti kamu agar engkau mengajarkanku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu ( untuk menjadi ) petunjuk?

Dia( nabi khidir) menjawab: Sungguh engkau tidak akan sanggup sabar bersamaku

Dan bagaimana engkau dapat bersabar atas sesuatu, sedang engkau belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?

Dia ( Musa) berkata: Insya-Allah akan engkau dapati aku orang yang sabar, dan aku tidak menentangmu dalam urusan ape pun

Dia ( nabi Khidir) berkata : Jika engkau mengikutiku, maka janganlah engkau menanyakan kepadaku tentang sesuatu ape pun, sampai aku menerangkan kepada kamu"

akhirnya, mereka berdua pun berjalan
perkara 1st yang nabi khidr buat

MELUBANGKAN PERAHU

terus nabi Musa berkata: Nabi Khidr sudah membuat kesalahan yang besar
Nabi khidr berkata; Bukankah sudah ku katakan, bahawa engkau tidak akan mampu sabar bersamaku??
nabi Musa pun terus minta maaf dan mereka meneruskan perjalanan

perkara 2nd yang nabi khidr buat

MEMBUNUH ANAK MUDA

terus nabi Musa berkata : Engkau telah melakukan sesuatu yang sangat mungkar
Nabi khidr berkata ; Bukankah sudah ku katakan kepadamu, bahawa engkau tidak akan mampu sabar bersamaku??
Jawab Nabi Musa: Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu setelah ini, maka jangan engkau memperbolehkan aku menyertai mu, sesungguhnya engkau sudah cukup ( bersabar) menerima alasan dariku.
mereka pun meneruskan perjalanan

perkara 3rd yang nabi Khidr buat

MENEGAKKAN DINDING RUMAH YANG HAMPIR ROBOH

setelah selesai kerja nabi Khidr menegakkan dinding tersebut,
nabi Musa berkata: Jika kau mahu, nescaya engkau dapat minta imbalan untuk itu
Akhirnya, nabi Khidr pun berkata: "Inilah perpisahan antara aku dan engkau, aku akan memberikan penjelasan kepadamu atas perbuatan yang engkau tidak mampu bersabar.

Jawapan untuk semua perkara - perkara di atas
1.MELUBANGKAN PERAHU
answer: Perahu tu milik org miskin yang bekerja di laut, nabi Khidr merosakkanya sebab ada seorang raja yang akan merampas setiap perahu.. maka, bila nabi khidr lobangakn perahu tu, mestilah raja tu tak amek.. dan org miskin tu boleh repair dan guna balik ( lagi jimat dari buat perahu yang baru)

2.MEMBUNUH ANAK MUDA
answer: anak muda ini seorang yang kafir, sedangkan kedua ibu bapanya seorang mu`min, nabi khird khuatir anak muda itu akan memaksa kedua ibu bapanya kepada kesesatan dan kekafiran

3.MENEGAKKAN DINDING YANG HAMPIR ROBOH
answer: dinding rumah itu milik 2 anak yatim di kota itu, dan dibawahnya tersimpan harta mereka berdua, dan ayahnya seorang yang saleh. Nabi khidr bimbang harta anak yatim itu akan diambil oleh orang kampung tersebut..

selamat Bersabar dengan ILMU (^_^)

Bittaufiq untuk semua

To Ummu Azzam>> Semoga Allah terus memberi kekuatan pada Ummu Azzam.
To Baby Azzam >> Sabar dan jangan tendang2 ummi, bagi ummi habis exam dulu

buat yang nak habis exam dan dah habis exam
" Semoga Allah memberi keputusan yang terbaik dan Taqdir yang paling cantik!!
p/s: status sape ni??
To Dr. Fadhilah>> Alf Mabrook.. Allah pemberi rezeki yang terbaik dan penentu Taqdir paling cantik buat akak..
To Dr.Hidayati, Dr.Zulaikha Che Embi, Dr.NorHashima dan Dr. Zuliha Yusoff >> Alf Mabrook

Allah Telah membantu KAlian!! (^_^).. selamat berkhidmat untuk negara..

tammat

wassalam..