Pages

Friday, January 14, 2011

masih kosong?

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Al - Razzaq bagi seluruh makhluknya,
selawat buat junjungan teragung, Muhammad s.a.w

sharing 2 hadith, dari Riadus solihin Jilid 2, m/s 344 dan 345 (buku lama)

Dari Jabir R.A berkata:
sabda Nabi s.a.w :
siapa yang membaca Subhanallahi Wabihamdi maka akan di tanamkan untuknya sepohon kurma di syurga
(riwayat Tirmizi)

Ibnu Mas'ud R.A berkata :
Rasulullah s.a.w bersabda:
Saya bertemu dengan Ibrahim a.s ketika malam isra, maka is berkata kepada ku:
Ya Muhammad! sampaikanlah salamku kepada umatmu dan beritahukan kepada mereka bahawa syurga ini tanahnya subur, airnya segar dan masih kosong tanamannya : Subhanallah wa alhamdulillah wa la ilahailallah wallahu Akbar
(riwayat Tirmizi)

rajinkan diri tanam pokok di syurga =)
mesti kita nak duduk dalam taman syurga yang banyak pokok kan??

adik2 ni tgh tanam pokok di dunia pun dapat pahala (^_^)

salam.

Friday, January 7, 2011

gloomy sky

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Ilah bagi orang-orang yang beriman.
selawat dan salam buat junjungan agung, Muhammad s.a.w

bila membaca surah "Kerajaan"@ Al - Mulk,
diri terasa amat kecil dan kerdil,
kesemua benda yang ada pada kita,
adalah milikNya.
cakaplah apa sahaja yang wujud pada diri kita,
atau benda-benda yang kita isytiharkan sebagai 'ini barang kita',
semuanya dari Allah.
sehingga sekecil satu sel darah merah dalam badan kita,
milik Allah kerana kita tak akan mampu untuk menciptanya sendiri.

jika kita mentadabbur semua yang ada di sekeliling,
kita akan sangat 100x malu dengan Allah.
Allah bagi rezeki sudah banyak,
tapi buat kerja sebagai Hamba Allah dan Khalifah masih tidak.

bila lihat awan mendung,
selalunya manusia akan kegirangan
akan tanda turunya hujan,
dan,
selalu teringat sabda baginda pada saidatina aisyah,
apabila baginda melihat awan mendung di langit.


"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w ketawa sepenuh hati hingga aku nampak anak tengkuknya, tetapi beliau hanya tersenyum sahaja.
Ujar Aisyah:
'Biasanya apabila Rasulullah nampak awan mendung atau angin dapatlah dikenalkan pada air mukanya tanda - tanda beliau tidak senang.
Lalu Aisyah berkata:
'Wahai Rasulullah! Bagi orang ramai, apabila melihat awan mendung,mereka terus bergembira kerana mengharapkan ia akan membawa hujan, tapi hamba tengok anda apabila nampak awan mendung hamba dapat mengecam pada air muka anda tanda tidak senang. (Mengapa begitu?)
Jawab Rasulullah:
"Wahai Aisyah!,Apakah yang boleh mententeramkan hatiku dari merasa bimbang bahawa awan mendung itu akan membawa azab? Kerana ada kaum yang telah diazabkan Allah dengan angin ribut. Dan ada pula kaum yang melihat azab angin ribut tetapi mereka berkata: Inilah awan - awan yang akan menurunkan hujan kepada kita"
(Dari Bukhari dan Muslim)

tadabbur al - qur`an akan kisah -kisah kaum yang kena balasan Allah kerana mendustakan para Rasul membuat kita gementar, bila2 sahaja Allah boleh turunkan azabNya. Manusia sudah banyak melakukan kerosakan dibumi dan melampau batas.

pesan dia,
alam bergegar,
tanda peringatan,
bukan pada yang bersalah sahaja,
malah,
pada yang mereka sedang bekerja mengejutkan orang yang sedang leka.
supaya tidak berlengah mengejutkan manusia,
untuk kembali kepada Rabb dan berserah diri hanya kepadaNya.

salam.


Sunday, January 2, 2011

binaan

bismillah

alhamdulillah, segala pujian buat Al - Malik, Pemilik kerajaan langit dan bumi.
selawat dan salam buat junjungan yang dirindui, Muhammad s.a.w

hari ni sejuk.. gerrrrr..
lagi sejuk dari peti ais..hee..
sambil berjalan pulang dari 'Adiyat.
ada 2 buku ditangan.
targetku,
buku yang dari Jakarta harus ku habiskan,
(^_^)

Visi Tarbiyah yang digambarkan dalam buku ini,
jauh lebih luas dan global.

'Penggambaran 5 orang pekerja bangunan yang tengah bekerja membuat masjid"

Ketika ditanya tentang,
'apa yang Anda kerjakan disini?'

Orang 1 menjawab:
" seperti yang anda lihat, saya mencampur berbagai bahan bangunan"

Orang ke-2 menjawab:
"saya bekerja untuk mencari wang di sini"

Orang ke-3 menjawab:
" saya menyusun batu - bata agar menjadi dinding"

Orang ke-4 menjawab:
"saya bekerja membuat sebuah masjid"

sedangkan, orang ke-5 menjawab:
"Saya tengah membangun peradaban"

Jawaban orang pertama hingga keempat tersebut tidak ada yang salah, kerana itulah yang memang mereka kerjakan. Akan, tetapi, jawapan orang ke-5 menandakan sebuah cita rasa ideal yang membuatnya bersemangat melakukan kerja. Tatkala ia memupuk batu bata hingga menjadi masjid, yang terbayang adalah sebuah masyarakat pemakmur masjid yang diliputi oleh keimanan, mereka mengatur kehidupan dengan semangat masjid, akhirnya terbentuklah peradaban baru yang Islami bermula dari masjid.

by:
Cahyadi Takariawan dan Ida Nur Laila

kami adalah generasi yang akan membangunkan Ummah!!

p/s: Terus bekerja menuju Ustaziatul Alam.. =)

salam

Friday, December 31, 2010

1st day of raining

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allahm Tuhan sekalian alam
selawat dan salam buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

alhamdulillah,
dah masuk hari ke -3 hujan di bumi irbid,
gembiralah manusia - manusia di bumi irbid,
setelah sekian lama hujan tidak turun,
hampir - hampir diri ini merasakan,
tahun ni tak de musim sejuk.

hari pertama hujan,
ku bertemu mereka,
lama jugakla tak jumpa,
kerana ada amal soleh yang lebih aula perlu didahulukan.
malam tu,
kami sambung tadabbur surah yasin,
ayat 48 - 73,
sedang masing -masing kongsikan ayat yang disukai,
sampaila turn dia untuk berkongsi,
terus dia menceritakan mimpinya mengenai kematian,
sambil dikaitkan dengan ayat qur`an yang berkaitan,

katanya,
seperti tiada amal soleh yang dibawa ketika dia mengadap Tuhan,
yang ada dalam hatinya ketika itu,
hanya berharap rahmat Allah yang boleh menjauhkannya dari azab,

KEMATIAN,
kematian yang memutuskan manusia dari alam dunia kepada alam akhirat,
tiada jalan patah balik untuk kembali ke dunia dan mengutip amal - amal kebaikan di dunia,
time tu,
teringat ayat terakhir dalam surah an - naba,
penyesalan si kafir yang tidak membawa amal ketika dunia,
mengharapkan untuk kembali menjadi tanah.

ketika keadaan sayu sambil teringat MATI,
adik itu menyapa,
ayat 65 menjadi pilihan,

"Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan"
(yasin:65)

sambil menangis,
dia menzahirkan perasaanya akan ketakutan yang amat pada seksa api neraka,
katanya,
ketika waktu itu,
mulut sudah dikunci,
tak boleh untuk meminta pertolongan melainkan hati yang boleh menjerit tanpa ada siapa yang kedengaran,
bagi diri yang bersalah,
diri yang kerdil diheret oleh malaikat dengan tali - tali besi yang melilit.

sebelum pulang,
sambil berjalan di dalam hujan,
dia berbisik kepada ku,
sambil mulut berasap - asap,

" mae, dalam qur`an ada bagitau pasal orang kafir yang mengharapkan supaya tiada hari penghisaban dan kematian kan?? kita tak nak jadi macam tu, kita sangat takut, takut nanti bila mati, tak bawa apa - apa amal "

dalam hati kecilku,
aku mengucapkan jazakillah kepadanya,
walaupun dalam kesejukan yang amat,
ku tetap diingatkan tentang kematian olehnya,
semoga Allah terus membimbingnya,
dan membuka jalan seluas - luasnya untuk dia menuju Allah.

p/s: jazakillah juga buat cik mun dan kak nik sebab sudi teman saya. =)

salam

Tuesday, December 28, 2010

buat kamu =)

bismillah

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

semalam,
tadabbur al - qur`an dengan mereka,
surah baqarah ayat 260 - 269
yang paling meyentuh hati ku,
pada ayat 264..
wujud perkataan Riya` di situ.

terus ku bertanya kepada dia,
"kalau kita ter'riya' lantas terus kembali mengingati Allah dan beristighfar,
pahala dan keberkatan Allah akan hilang juga ke??"

dia jawab dengan tenang,
"tentulah tidak, yang penting kita jangan berhenti buat kebaikan yang kita lakukan"
"syaitan selalu mencucuk - cucuk hati manusia agar berhenti dari membuat kebaikan"

kemudian, contoh diberi buat mereka yang kebingungan,

"contohnya, kita selalu solat sunat, tiba- tiba perasaan kita ter'riya' dan kita pun meninggalkan solat sunat yang selalu kita buat disebabkan tak nak perasaan riya' tu datang, maka syaitan pun bertepuk tangan dengan gembiranya sebab syitan dah berjaya menjauhkan kita dari kebaikan."

buat sang murabbi,

jom terus berusaha menjadi murabbi yang IKHLAS.. (^_^)

dalam kita menyantuni hati - hati manusia untuk dibawa kepada Allah,
jangan lupa bahawa segala usaha kita harus dikembalikan pada Allah,
ku tahu,
ada sahaja yang menangis bila manusia menolakmu,
waktu itu, kamu akan segera kembali kepada Tuhanmu.
namun,
bila ada yang menerimamu,
kamu lupa untuk kembali pada Allah,
kamu lupa bahawa Allah yang mengizinkan hatinya untuk menerima Islam darimu,
lantas,
kamu ter'riya' dan merasakan itu semua usaha dari mu,
yang menyebabkan dia menerimamu untuk ajarkan Islam kepadanya.

Siapa yang mengizinkan hati dia terbuka untuk fahami Islam darimu kalau bukan Allah?
Siapa yang mengizinkan hati dia lapang untuk dalami Islam darimu kalau bukan Allah?
Siapa yang mengizikan hatinya tersentuh bila kamu menyebut ayat - ayat Allah kalau bukan Allah?
Siapa yang menjaga hatinya untuk terus berada dalam iman bila kamu tiada dihadapan matanya kalau bukan Allah yang menjaganya?

buat sang murabbi,
ku hadiahkan lagu ini buat kamu,
agar kita sama-sama bermuhasabah dan kembalikan segala usaha kita pada ALLAH

Kepada Jundullah (click)

Album : Saatnya Kemenangan
Munsyid : Izzatul Islam


(Reff)
Saat genderang perjuangan bertalu
Musuh tegak dihadapan
Teguhkan hatimu usahlah kau ragu
Wahai orang-orang beriman

Berdzikirlah sebanyak engkau mampu
Agar kemenangan jadi milikmu

Taatilah Allah dan Rasul-Nya
Qiyadah penghulu perjuangan
Tetap bersama dalam barisan
Buang segala ego nan hina

(Kembali ke Reff)

Hindarkanlah berbantahan
yang kan membuat hatimu gentar
dan menghilangkan kekuatan
karena Jundullah.. karena Jundullah
pantang terpencar

(Kembali ke Reff)

Jangan silau dengan jumlahmu
yang angkuhkan hatimu
Jangan silau dengan jumlahmu
yang angkuhkan hatimu

Riya dihadapan manusia
kau dihalangi insan dijalan-Nya
Riya dihadapan manusia
padahal Allah tahu apa yang kau kerjakan

p/s: terus ber'lari' dengan ikhlas wahai anak - anak singaku. minta maaf jika diriku terlalu garang.. =)

salam

Monday, December 20, 2010

amin, yasin, mu'in dan aisyah..=)

bismillah,

alhamdulillah, segla puji bagi Allah, Tuhan sekalia alam.
selawat dan salam buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

entry buat adik2 saya kat m'sia.
ni hadiah buat semua..
minta maaf kalau kalau lambat titipkan kiriman buat kalian.


wish buat amin:
"jaga iman dan akhlak di mana2 je ye, dunia luar memang susah dan cabaran buat kita, semoga Allah terus menjaga amin"


wish buat yasin:
" saya tahu yasin boleh buat yang terbaik dalam hidup yasin. tahniah sebab dah dapat lesen
kereta.. =), didoakan semoga yasin terus sukses dan bertambah iman,"

wish buat mu'in pula:
"jaga solat dan cari kawan yang baik-baik ye mu'in, nanti boleh minta hadiah lepas result PMR keluar"

wish buat aisyah :
" selamat masuk sekolah baru, bestnya aisyah sebab dapat gi sekolah same-same dengan abah, semoga terus menjadi penghibur hati abah dan umi, nanti saya kirim glass deco kat aisyah, tahun depan kita jumpa, insya-Allah'

salam

Wednesday, December 8, 2010

cinta

bismillah..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam
selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

asyik saya mengamati,
melihat mereka-mereka yang berlari,
berlari bersungguh - sungguh menuju Tuhannya..
Rabb yang Agung,
ALLAH

cintanya tak pernah putus,
malah disebarkan seluas luasnya..

kerana cinta mereka kepada Al - Khaliq,
mereka menebarkan cinta ini kepada sesiapa sahaja yang ada dengan mereka..
dari syuyukh - syuyukh yang sezaman dengan mereka,
sehinggalah semuda - muda generasi yang baru di
lahirkan di saat ini..

dari setandus - tandus hati yang kering,
sehingga menjadi basah seperti sungai yang mengalir..
itulah cinta yang mereka alirkan..

cinta mereka pada Al- Khaliq,
tak pernah padam dan malap,
malah makin berkobar-kobar,
melihat generasi baru yang mula bangkit,
yang akan menggarap semula panji kegemilangan ummat.

dan Aku??
masih terus menyemai cinta - cinta itu.
jazakumullah buat mereka,
yang telah dan sedang mengajar saya akan cinta itu.
dan bersabar melayan kerenah saya semasa belajar menyemai cinta.

salam