"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.."-HAB
alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam..
bestnye cuti raya kali ni.. dapat jumpa ramai orang, dapat kenal orang2 baru.. semoga dapat bertembung lagi dengan mereka2 dan mengukuhkan ikatan yang telah terbina atau ikatan yang baru dibina.. (^_^)
dalam bulan november, saya selalu bertembung dengan satu ayat qur`an ni, saya bertembung dgn ayat ni di..
-jumpa kat dalam gonggok (lepas exam ortho) -baca buku tajuk jujur, jumpa ayat ni -bukak blog orang -kat maqam muaz bin jabal -kat penanda buku -kawan pesan- " mae, sila hafal ayat ni" -email dari kawan
"di antara orang-orang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam), dan diantara mereka ada yang gugur, dan diantara mereka pula ada yang menunggu - nunggu, dan mereka sedikitpun tidak mengubah(janjinya)"
al - ahzab:23
ayat ni mengingatkan saya terhadap para sahabat Rasulullah yang telah menunaikan janjinya kepada Allah.. mereka telah gugur syahid dalam menyampaikan risalah Lailahaillah kepada seluruh ummat manusia.. dan semestinya mereka golongan yang dah confirm masuk syurga..
semoga kita termasuk dalam golongan yang 'menunggu - nunggu' dan berdoa supaya Allah thabatkan hati2 ini dan seterusnya 'gugur' seperti mereka..
sape2 yang ada kelapangan masa, alang2 dah duduk kat tanah syam ni, rajin2lah mengorek seerah Rasulullah dan para sahabat yang pernah berlaku di tanah yang diberkati ni..
antaranya peristiwa ta`3un 3amwas yang menyebabkan 20,000 para sahabat yang syahid..
peristiwa ni berlaku pada zaman khalifah Umar, ketika Islam dalam proses untuk disebarkan ke tanah syam (tanah syam = palestine, jordan, lubnan, syria) ..
sepanjang menyusuri Jordan Valley (kat area2 utara Jordan), banyak dhorih2 (dhorih=maqam yang ada jasad) para sahabat yang telah syahid akibat ta3un 3amwas dan peperangan Yarmouk..
'kerja - kerja pembinaan ummah still under construction'
antara dhorih2 sahabat Rasulullah yang terdapat disepanjang Jordan Valley (kat bhgn irbid)..
1- Muaz bin Jabal 2- Amir bin Abi Waqqas ( ni adik Saad bin Abi Waqqas), dhorih beliau kat kampung waqqas 3- Syurhabil bin Hasanah (nama beliau ber 'bin' kan nama ibu) 4- Dhiror al Azwar (ni pula abang Khaulah al - Azwar) 5- Abu Ubaidah Al - Jarrah
ok, selamat mengambil iktibar dari seerah Rasulullah dan sahabat.. dan semoga menjadi bekalan hidup..
Kullu 3am wa antum bikher.. selamat hari raya aidil adha..
perhimpunan terbesar umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.. cantiknya suasana ini..manusia berkumpul dengan matlamat dan niat yang satu..niat hati yang suci dengan keikhlasan semoga ibadah ini diterima Ilahi.. mata ini hanya mampu melihat dari kaca tv meskipun diri masih belum diizinkan supaya bumi itu dijejaki,,..
pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail a.s,...betapa taatnya nabi Ibrahim dan nabi Ismail pada perintah Allah,.. ya Allah jadikan kami hamba-hamba yang sentiasa taat kepadaMu..
teruskan berdoa pada Allah semoga satu hari nanti Allah mengizinkan saya dan umi untuk menjadi tetamuNya..
alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam..
kali ni just nak share gambar. gambar2 ni baru je saya belajar untuk sem ni dalam subjek ortho..
subhanallah, Allah Maha Teliti dalam setiap ciptaan-Nya..
kalau tak faham gambar ni tak pe je.. just nak tunjukkan bahawa Allah sangat sempurna dan teliti dalam setiap penciptaan-Nya..
kalau kita tgk muka2 manusia di dunia ni, kesemuannya cantik dan sempurna..
setiap landmarks dan plane2 yang ciptakan diwajah manusia kesemuanya diletakkan sempurna pada tempatnya..dan setiap manusia mempunyai variasi supaya setiap wajah manusia ada keunikannya yang tersendiri..
"sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik - baiknya (at - tiin:4) "Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya, sesungguhnya Allah benar - benar Maha Pengampung lagi Maha Penyayang,, (an - nahlu:18)
ucapkanlah alhamdulillah dalam setiap nikmat yang Allah bagi pada kita.. betapa baiknya Allah kerana memanggil kita untuk solat kepadaNya.. di dalam solat itu, Allah mewajibkan kita membaca Al - Fatihah yang dimulakan dengan 'Alhamdulillah' selepas basmallah dalam setiap rakaat solat..
baiknya Allah!!, Dia yang sentiasa memanggil kita dan membantu kita supaya tidak lupa untuk bersyukur kepadaNya.. ni baru nikmat di tulang muka, belum lagi nikmat jasad, rezeki dan lain2 nikmat yang Allah bagi..
alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Rabb seluruh alam.. Dialah Ar - Razzaq yang sentiasa memberi rezeki nikmat yang tidak pernah putus.. dan penentu taqdir yang paling cantik buat hamba-hambaNya..
hari2, manusia melalui kehidupan seharian.. kadang2 saya bertembung dengan hari yang senang, dan kadang2 hari yang susah.. yelah, hidup ni kan umpama proses penyaringan..
setiap hari manusia sentiasa disaring dengan ujian2 yang pelbagai..terutamanya ujian2 untuk kita dalam menthabatkan hati ini supaya sentiasa sabar menjadi hamba yang taat. betul tak??
dan proses saringan inilah yang akan berterusan sehingga kita dipanggil mengadap yang Maha Agung.
so, masa tgh buat kerja2 umah sikit, dengar tazkirah mengenai sahabat Rasulullah.. cerita sahabat ni saya pernah dengar, ada seorang kakak comel yang cerita..tapi biarlah selalu diulang2 supaya pengajaran yang saya dapat ambil dari kisah2 para sahabat ni dapat diamalkan dan disebatikan dalam hidup saya.. insya-Allah..
kali ni saya dengar kisah mengenai seorang sahabat yang berasal dari tihamah dan dari suku kabilah daus. cuba teka sape nama sahabat ni??
clue=
1-murabbi Abu Hurairah (dia berjaya mengislamkan Abu Hurairah sebabnya same kampung)
2-MengIslamkan satu kabilah Daus.. emm, cam mana dia buat ye??
- ape2 ciri2 yang hebat yang ada pada beliau??
- akal yang tajam
- bahasa memang power, sape yang dengar sajak dia, mesti terpikat @ cair
- pemimpin yang berkarisma tinggi
beliau ialah THUFAIL bin AMRU
jadi, macam mana beliau boleh masuk Islam??
maka, satu hari beliau ke Mekkah untuk menunaikan haji..(haji telah menjadi ibadat kaum quraisy kerana haji merupakan sebahagian syariat nabi Ibrahim, tapi telah dicampur adukkan dengan jahiliyah)..
time tu, pembesar2 quraisy tgh hebat memburukkan Rasulullah yang tgh giat menyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Mekah..
ape dakwaan pembesar2 quraisy pada Rasulullah??
1-org gila
2-tukang sihir
3-kata2 baginda sangat membahaya sampai boleh menyebabkan perpecahan dalam keluarga,
kabilah dan sebagainya....
( boleh tengok dalam surah al- haqqah)
nak tunjuk betapa teruknye fitnah yang dilakukan oleh pembesar quraisy,, hampir semua org yang datang menunaikan haji bawa kapas untuk sumbat dalam telinga..
takut2 terserempak dengan Rasulullah dan takut terpedaya dengan perkara2 yang disampaikan oleh Rasulullah..
tak nak dengar!!
so, Thufail ni pun buat ibadah haji cam biasa dalam keadaan kapas ditelinga..
dah settle beribadah, Thufail pun ke Kaabah.. dan dia pun ter'jumpa' dengan Rasulullah (Rasulullah sangat rajin beribadah di kaabah)
dan masa tu Thufail tgk Rasulullah tgh solat.. Thufail tgk je Rasulullah solat dan akhirnya dia terpesona dengan ibadah yang Rasulullah buat dan rasa luar biasa
( sama macam keadaan sa`id terpesona tgk khubaib solat b4 khubaib diseksa oleh pembesar quraisy)
so, bila Rasulullah habis solat, Thufail ni pun tergerak hati mau bertanya dan mendengar kata - kata Rasulullah
dalam hati Thufail " sure aku tak terpengaruh dengan lelaki ini, sebab tiada orang bahasa yang lebih hebat dari aku dan aku tahu nak bezakan mana yang baik dan mana yang buruk"
so, Thufail ni pun gi dekat, dan dekat dengan Rasulullah, nak try dengar ape yang Rasulullah baca.. masa ni dia tak bukak lagi kapas tu..
bila dengar je Rasulullah baca al - qur`an.. hati sudah start tertarik..
ape lagi, dia pun bukak satu kapas di telinga..
Thufail terus mendengar... lagi sekali dia cair, kapas ditelinga sebelah dibuka..
bila Rasulullah dah habis membaca Al - Qur`an.. Thufail ni dah terpesona dengan ayat2 yang dibaca, Thufail pun ikutlah Rasulullah balik..
tapi Rasulullah tak balik umah pun, Rasulullah gi 'liqa' bersama dengan sahabat baginda..
dalam majlis tu, Thufail tu turut ikut dan duduk mendengar dakwah Rasulullah.. lalu thufail pun berkata2 .. apekah kata2nye itu ??
"Ya Muhammad, sesungguhnya kaummu berkata kepada ku tentang diri mu begini dan begitu. Mereka menakut-nakutku mengenai urusan agamamu. oleh sebab itu, aku menyumbat telingaku dengak kapas agar tidak mendengar perkataanmun. Tetapi Allah telah mengkehendaki supaya aku mendengar sesuatu dari anda. ternyata apa yang engkau ucapkan semuanya benar dan bagus. Maka, AJARKANLAH AGAMAMU itu!!"
Wah!! hebatnya Thufail masuk Islam.. Subhanallah, macam2 cara Allah menyapa hambaNya dengan hidayah.. maka, kalau hidayah Allah sudah lalu pada anda, cepat2lah sahut.. tak tahu lagi bila lagi Allah nak bagi .. ^^,
maka Rasulullah pun mengajarkan Thufail 2 surah .. iaitu surah al-ikhlas dan al - falaq, dan thufail juga ke madinah untuk belajar Islam( tak lah lama sangat sebab nak kena balik ke kabilahnya semula selepas melaksanakan haji)..
al - ikhlas dan al - falaq ( 2 surah yang menjadi 'bekal' Thufail untuk di'beri' kpd kaumnya)
dengan berbekal 2 surah yang dihafal ini, (tgk kawan2, 2 surah sahaja bekalan beliau) dia pulang ke kabilahnya dan tgh ber'kobar'2 untuk menyampaikan Islam kepada kaumnya..
masya-Allah, hebatnya Thufail!!
baru belajar sikit, terus nak sampaikan kat orang lain..
kalau kita??
' saya takutlah nak share Islam kat org lain, ilmu saya sikit'
'dia lagi hebat dari saya, cam mana nak sampaikan pada dia'
jom kita sampaikan Islam walaupun sedikit yang kita tahu.. Allah lihat pada usaha dan amal..
(^__^)
sapekah org 1st yang menyahut seruan Thufail ??
itulah Abu Hurairah..
Thufail tidak dapat menyertai perang Badar, Uhud dan Khandak.. sebabnya dia berkerja keras untuk sampaikan Islam kepada kaumnya.. dan akhirnya, thufail berjaya membawa delapan keluarga dari kabilah Daus untuk menyertai peperangan yang seterusnya bersama - sama Rasulullah..
dan akhirnya , Thufail syahid semasa peperangan Yamamah, dan puteranya Amr bin Thufail syahid semasa peperangan Yarmuk..
(sebenarnya panjang lagi cerita Thufail, silalah baca buku ye)
ya Allah, tiupkan hati kami dengan semangat ruh perjuangan RasulMu dan sahabat - sahabat baginda..
p/s- Jazakillah to kak hajar coz gave me nasyid 'always be there by maher zain'..
-Jazakillah juga to kak deloq sebab bagi kertas kuning yang besar beserta 'contengan2' yang
canteek dan sangat bermakna.. (^_^)
alhamdulillah, setinggi2 pujian kepada Allah Tuhan sekalian alam.. maap.. dah tak update dah blog ni.. nilah penangan klinikal namanye.. sebenarnya tahun klinikal ni bukan penangan yang betul2 kuat kalau nak dibandingkan dengan cabaran yang akan datang..kalau time klinikal sudah penat.. macam mana mau tahan untuk tahun2 yang akan datang (motivasi untuk diri sendiri) ^_^..
cabaran time dah keje.. cabaran dengan masyarakat, cabaran2 dan provokasi dari jahiliyah yang semakin hari semakin mengganas dan menggila..
semoga Allah memberi kekuatan buat saya dan sahabat2 yang lain.. terutamanya buat cik bulan dan cik comel.. hihi
bila dah masuk alam klinikal.. saya sangat2 merindui JUST.. saat mana yang paling saya rindu??
saat naik coater atau bas untuk pergi atau balik dari jamiah.. dalam bas, walaupun 1 jam,(30minit pergi, 30 minit balik).. sangat2 bermakna sepanjang 3 tahun naik bas ke jamiah
kelamaan saya menaiki bas = kalau sehari = 1 jam satu tahun = 180 jam (tolak cuti semester dan cuti jumaat sabtu) 3 tahun = 540 jam
apekah perkara2 yang dibuat dalam bas??
1) baca qur`an (1/2 juz pergi+ 1/2 juz balik = 1 juz 1 hari) 2) ma`thurat petang dah boleh settle dalam bas 3) baca buku selain buku sekolah 4) selesaikan keje2 yang ada (telepon, balas message dan sebagainya) 5) boleh mengulang bende2 yang dah dihafal 6) boleh baca slide b4 exam( ni selalu buat sebab tak habis baca.. ) 7) tido......... (ni best kalau lena, kalau tak sakit kepala juga ^_^) 8) lihat ciptaan Allah sambil tenangkan fikiran (dah penat belajar seharian) 9) etc..
makanya, buat adik2 pre-klinikal.. silalah guna masa anda di dalam bas dengan baik.. sangat bernilai masa dalam bas dan saya sangat merindui masa itu.
tahun klinikal is time untuk Allah ajar kita untuk susun masa kita lebih baik..dan menghargai setiap saat yang ada..
alhamdulillah.. segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Baginda, penghulu segala Rasul.. alhamdulillah.. Allah masih izinkan saya untuk hidup, masih memberi kesempatan masa untuk digunakan sebaiknya.. gunakan kesempatan yg ada, supaya tidak menyesal selamanya..
just want to share with my blog readers, nasyid yang best dari group al - masaar..
'Kesempatan Taubat'
Ya Allah, beri aku kesempatan, Ya Allah, beri aku kesempatan, Allah, dengan cahya-Mu Kau bersihkan, semua debu dosa, yang melekat... disekujur jiwaku, disekujur badanku.. tapi.. hanya Engkaulah yang tahu, waktu yang Kau berikan kepadaku.. aku.. hanya dapat berusaha, untuk bertaubat.. dan berbuat kebaikan.. Allah yang Maha Besar, Maha Pengampun, Maha Penyayang.. memberikan ampunan semua dosa hambanya, Ya Allah, beri aku kesempatan, Ya Allah, beri aku kesempatan...
by Al - Masaar
'dan Dialah yang memerima taubat dari hamba - hambaNya dan memaafkan kesalahan - kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan'
'dan Dia memperkenankan (doa) orang - orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta menambah (pahala) kepada mereka dari kurnia-Nya. Org2 yang ingkar akan mendapat azab yang keras'
asy-syura:25-26
di suatu malam.. tazkirah ringkas dari sahabat yang cute..
"ketika di Syurga nanti, penghuni2 Syurga akan mencemburui penghuni2 Syurga yang menghuni Syurga yang lebih tinggi dari dirinya.. penghuni2 Syurga di bahagian bawah akan sentiasa mendongak dan melihat penghuni2 Syurga yang berada di atas.. sambil di dalam hatinya berkata: " Kalaulah aku rajin melakukan amalan sunat ketika di dunia dulu, pasti aku sudah berada di Syurga atas.."
makanya..sementara masa masih ada.. gunakan kesempatan ini.. agar tiada perasaan dalam diri bahawa diri ini telah rugi..
"masa dan waktu kita makin singkat,sehingga kita harus kreatif mengumpul pahala"
-Buanglah egomu apabila hati bertemu kebenaran,didiklah hatimu dengan iman agar tunduk pada Rabb yang satu, supaya kamu bisa menjadi batu - batu yang boleh disusun dalam proses membina bangunan Ummah-