Pages

Tuesday, July 19, 2011

perlu VS mahu

bismillah,

segala puji bagi Allah, Rabb sekalian alam,
selawat buat junjungan tercinta, Muhammad s.a.w

7 bulan yang lepas,
winter...
sejuk..
beku..
dari bumi sejuk ke bumi lagi sejuk..

perjalanan hanya 3 hari,
tujuan untuk mendidik diri,
terus diajar secara amali.
ibrah perjalanan akan dikongsi setelah di penghujung hari.

bekalan makanan yang dibenarkan,
untuk dibawa dari bumi sejuk,
untuk 3 hari 2 malam,
hanya...
kurma yang mencukupi,
2 tin makanan.
full stop.
itu sahaja arahan yang diterima.
disana,
diberi sayur mentah,
bersama 1 plastik kecil beras,
dan sebuku roti,
untuk dikongsi 6 org,
selama 3 hari 2 malam.

pakaian,
hanya memakai pakaian yang sudah dipakai,
ditambah,
sepasang baju,
sehelai tuala,
sebatang berus gigi,
untuk dikongsi 2 orang. =)

air,
2 botol untuk 6 org,
kalau air habis..
air paiplah jadi bekalan.

tiada lagi pusingan saat di tangan,
semuanya hanya bergantung pada panggilan wisel.
kalau lambat ke tempat panggilan,
siaplah..
tambahan denda diberi.
tido pun tak lena,
dan harus dalam keadaan siap sedia,
supaya dapat terus berlari apabila wisel berbunyi,

untuk solat,
wajib semua sudah berada di lapangan,
baru solat boleh dimulakan..
sebelum zzzzzzzzzzzzzzz,
wajib menghabiskan 1 juzuk tilawah al-qur`an,
sebelum masing2 melelong ke tempat tido..
wajib hirosah, (berjaga malam supaya tempat sentiasa dijaga)
dalam masa yang sama,
solat tahajjud dan bacaan al - qu`an sampailah habis masa yang diberi..

ditambah perjalanan selama 10jam, (berjalan kaki ye.. (+_+)
sejauh 24km..
makanan..
hanya membawa stock makanan yang dibenarkan,
tiada duit langsung dipoket (tak leh ngelat nak naik bas)
hanya bergantung pada Allah, peta, dan petanda..
solat..
solatlah dimana2..
dengan keadaan yang ada.
3 batang Baguette yang WAJIB dibawa pulang setelah tamat perjalanan 10 jam tanpa menggunakan wang.. cam mana ni?? (=_=)

di penghujung hari,
ku sedari,
masing2 dari kami,
mampu hidup dan mampu menjadi muslim yang setia pada RabbNya,
walaupun ketika itu,
dunia di tangan,
pada kadar yang paling minima.
kadar minima yang paling kami perlu,
bukan yang kami mahu.


...." Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami" ( al - anbiya`:35)

antara konklusi dipenghujung hari..

"kalau kita nak hendakkan sesuatu atau nak beli sesuatu, fikirkan samada kita perlu atau mahu, tak kisah samada makanan,pakaian atau alatan.. kita beli sebab kita perlu.. kalau sebab kita mahu sedangkan keperluan kita sudah mencukupi, tahanlah nafsu tu."

"orang yang kerap berlapar (puasa) dan menahan nafsu didunia merekalah orang yang kenyang diakhirat. Manakala orang yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang penuh sesak perutnya dengan makanan (sehingga menjadi gendut). Tiap seseorang hamba (Allah) meninggalkan makanan yang amat diidaminya maka tiap itulah Allah menaikkan darjatnya di syurga satu darjat.

(Riwayat Tabrani)

berdoa supaya Allah membantu kita untuk mendidik nafsu kita yang sangaaaaaaaat sukakan dunia..

salam.

0 comments: