Pages

Wednesday, February 24, 2010

nak umur panjang..

bismillah..

alhamdulillah, segala puji bagi Allah.. Al-Malik yang maha Agung..
selawat buat kecintaan, Muhammad s.a.w

cuti lepas... almari buku abah saya selongkar..
mencari buku yang bermanfaat buat bekalan hidup..

bak kata umi.. kalau pindah rumah.. buku abah la yang paling banyak dan berat.. heeeeeee..
mata terus menelek tajuk2 buku kat almari abah.. mana tahu nanti terjumpa buku yang berkenan dihati..

akhirnya.. jumpalah satu buku ini..
kulitnya ada sikit2 yang berlobang2 dimakan anai2, kertas2 dalamnya pun dah warna coklat...
sebab buku tu abah beli sebelum saya lahir..

buku yang saya baca tu simple dan nipis je, tak setebal buku kat dalam gambar ni =)

buku dibuka.. dimulakan dengan bismillah dan memasang niat,
'Ya Allah, izinkan saya habiskan baca buku ini dan mengambil manfaat sebanyak2nye untuk menjadi amalan dan bekalan hidup di masa - masa akan datang..

setiap ayat dibaca dan diperhati.. bait2 ayat dinilai dengan mata hati..
akhirnya, tibalah ke point yang nak saya kongsikan dalam entry ini..


panjang juga nak taip ni.. ambil nafas dalam2..
ok, selamat membaca ayat2 kat bawah ini...

.. beliau mengajarkan kpd manusia cara - cara untuk mengatasi usia kehidupan dunia yang singkat ini. Saudara boleh menggantikan usia dunia yang pendek dengan mentelaah buku - buku yang bernilai tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan. Jika saudara pandai memilih buku - buku, dan saudara terus membaca, bererti umur saudara bertambah dari sudut maknawi kerana saudara menambahnya dengan hasil umur orang lain.Dengan itu sekalipun umur saudara pendek, saudara akan dapat menambahnya berlipat kali ganda lebih dari apa yang saudara dapati jika saudara membataskan pengetahuan saudara kepada pengetahuan diri sendiri semata - mata..

contoh:

jika Dr Nik Solehah menulis sebuah buku mengenai White Lesion dalam masa 5 tahun, dan dalam tempoh tersebut, Dr. Nik Solehah mengalami pelbagai kesukaran, berjaga malam dan berbagai bentuk kesukaran yang pernah dialami oleh penulis - penulis buku yang bernilai, kemudian saudara membaca buku White Lesion itu selama 1 bulan, dengan itu umur saudara telah bertambah sebanyak 4 tahun 11 bulan, iaitu masa yang paling berharga yang telah dihabiskan oleh penulis itu.. yakni, saudara menambah umur saudara dengan initipati umur pengarang buku yang saudara baca. Amat jelas sekali, faktor masa tidak diambil kira di sini. Yang diambil kira ialah nilai dan harga yang dihasilkan dalam tempoh masa tersebut, yakni menambah kualiti, bukan kuantiti.

(saje amek nama kak nik sebab time discussion White Lesion tadi, duduk sebelah dia =]

ketahuilah, di sana terdapat keutamaan - keutamaan yang patut saudara ketahui terlebih dahulu. Oleh itu saudara memulakan pembacaan dengan membaca perkara - perkara yang saudara perlukan mengenai soal agama.

Bacalah perkara - perkara yang dapat

1-memperbetulkan ibadat
2-menerangi jalan di hadapan saudara
3-menjelaskan halal dan haram dan perkara2 yang membawa manfaat dan mudarat
4-perkara - perkara yang dapat menjelaskan matlamat dan manhaj agama Islam dalam hidup

kemudian, saudara baca pula perkara - perkara

1-yang boleh mengeratkan hubungan sesama manusia
( baik dari sudut fikrah dan tatacara hidup yang dapat membantu saudara menentukan pendirian yang saudara fikir dapat menambah kefahaman saudara terhadap rahsia - rahsia hidup)

2- Pengajaran2 dari sejarah merupakan bekalan yang berguna dalam hidup. walau sebanyak manapun saudara santap dari hidangan sejarah ini, saudara tidak akan merasa kenyang, begitu juga sebanyak manapun saudara memikulnya saudara tidak akan merasa berat..
yang berat adalah tanggungjawab dan kesedaran terhadap amanah, begitu juga mengamalkan apa yang saudara ketahui, mengambil faedah dan memanfaatkannya kepada orang lain.

Kita amat memerlukan orang yang menggalakkan kita membaca dan dapat menentukan bahan - bahan bacaan yang bermanfaat malah yang lebih bermanfaat. Kita juga memerlukan orang yang dapat mengajar kita menghormati apa yang kita baca, menjadikannya sebagai menara bagi satu tatacara hidup yang mulia, bukannya hanya merupakan bacaan perintang waktu yang kesannya hilang begitu sahaja. Atau ia tinggal sebagai bahan pemikiran yang jauh dari realiti kehidupan, sedangkan realiti kehidupan amat memerlukannya..

(penjelasan wasiat ke-2, pak cik hassan)

fuhh.. alhamdulillah..
dapat share perenggan yang saya nak sangat sangat sangat kongsi dengan kalian selepas saya selesai membaca tajuk ini masa cuti yang sem lepas..

=]

Ya Allah, Tunjukkan kami jalan yang lurus..

salam.

6 comments:

'Ezzah Al-Islam said...

hoho.. ni mmg best!

kak mae, blog 'kanak2' yang kamu katakan ini sudah nampak lebih dewasa.. kuikui..

btw, anak2 kuda tetap rasa blog ini best. terus menulis sis! You are our inspiration.. hihi

mayo said...

memang lah entry kali ni nampak lebih dewasa kerana ayat2nya bukan dari saya tapi dari orang yang lebih dewasa.. pak cik hassan namanya

(^_^)

ainshams said...

do enjoy reading ^^

mayo said...

sampai juga akak ke sini..

(^_^)

nsmujahidahnmnor said...

hee..tibe ade my name plak.. :P

*sy sedang berusaha menjadi seorang yg rajin membaca..

byknye buku yg baca separuh jalan..
T_T

nsmujahidahnmnor said...

nnt sambung wasiat2 lain plak eh?? hee