Pages

Tuesday, May 12, 2009

JOM MAIN!!!

Bismillah..

Alhamdulillah puji dan syukur pada Allah, Hanya Dia Tuhan yang layak disyukuri dan di puji..
Alhamdulillah, saya masih dikekalkan dengan nikmat Iman dan Islam.
Maaf ye, lambat update..

Jom main!!
Main.. selalunya anak - anak kecil yang suka sangat main.. pagi main, petang main.. malam bila dah nak tido pun.. masih main.. main dan terus main.. sampailah anak kecil ni penat, dan akhirnya dia akan berehat..

bangun esok pagi.. terus mencari permainan dan main.. begitulah rutin anak- anak kecil..

tapi.. keadaan sekarang.. semua orang main, tak kisahlah kanak- kanak, pemuda (terutamanya) sampailah orang dewasa.. kalau boleh, dah tua pun masih nak main.. tapi ada hikmatnya Allah menuakan jasad ini supaya tidak terus bermain, tapi jasad yang tua ni menjadi peringatan untuk mencari bekal sebanyaknya sebelum ajal..

dunia sekarang..


umat Islam disumbatkan dan disogokkan dengan permainan2 dunia.. nampak macam bukan mainan, tapi sebenarnya.. itulah permainan yang diberikan oleh 'ibu - ibu' jahiliah untuk mendiamkan kanak2 besar supaya kerjanya dan perancangannya berjalan lancar.. dan akhirnya memusnahkan kehidupan kanak2 besar di dunia dan akhirat..

antara "ibu - ibu jahiliah"
Benjamin Netanyahu & Barack Obama
Perdana Menteri Israel dan Presiden Amerika

jenis - jenis permainan yang telah disediakan oleh 'ibu - ibu jahiliah:

4S
-SONG
(dalam teksi, bas, handset, radio,intenet, TV, shopping complex,.. semuanya lagu)

-SPORT
(berpakaian membuka aurat sahaja membolehkan kita menang dalam acara sukan, kata "mereka"..lebih laju dan pantas.. betul ke??)

-SEX
(sesungguhnya Allah sahaja yang lebih tahu titik kelemahan setiap makhluk yang diciptakan (lelaki dan perempuan), dan Dia telah menyediakan peraturan untuk kemaslahatan manusia.. jangan cuba2 untuk dekati larangan Allah, kerana setiap larangan yang kita lakukan pasti mendapat kemudaratan samada di dunia dan di akhirat..`katakan tak nak pada ikhtilat')

-SMOKE
(membakar duit, membuang masa, ketagih, merosakkan paru2 orang lain,memberi sumbangan yang besar pada USA dan ISRAEL, merosakkan tubuh badan sendiri).. (-_-)..



4F
-FUN
(masing2 terus mencari keseronokan.. sedangkan saudara2 kita menjerit2 meminta kita sedar dan mengambil berat masalah ummat)

-FOOD
(banyak makanan2 syubhat, terlalu banyak makan sampai kita malas untuk beribadah.. makan banyak mana pun, mati tetap jadi tanah..)

-FASHION

(ummat kini berpakaian seperti bangsa yang memegang WORDL ORDER.. mana jati diri kita sebagai seorang Muslim??)

-FIT (dadah)
(dah ramai sangat kat pusat serenti.. majoriti PEMUDA MELAYU yang beragama ISLAM)
.. kini Islam kekurangan PEMUDA yang menjadi aset penting dalam DEEN ISLAM..

'Ya Allah, Islahkanlah SYABABUL MUSLIMIN, Ya Allah, Islahkanlah WANITA2 Islam'

manusia dilekakan dengan permainan dunia dengan tujuan
1-melupakan asal tujuan hidupnya,
a) sebagai KHALIFAH ( Al - Baqarah:30)
b) untuk BERIBADAH ( Adz- Dzariyat : 56)

2-melanggar batas yang Allah sudah tetapkan kepada manusia

3- melakukan kerosakan di bumi Allah ini..

tak susah pun untuk mendapatkan permainan - permainan ini..
'ibu - ibu jahiliah ' yang telah menjadi WORLD ORDER pada hari ini menyediakan segala kelengkapan permainan2 ini dengan mudah dan cepat..
tanyalah kepada setiap pelosok dunia.. tiada siapa pun yang ketinggalan dari di'promote' mainan - mainan ini..

Natijah Akhir
1-Keterlarutan keperibadian Muslim
2-Ketaatan kepada Kuffar

Adakah kita tergolong dalam percaturan dan perancangan musuh Islam??
Muhasabah mode)

pilihan terletak di tangan kita.. sama ada untuk

terus bermain atau mengislahkan diri

sebagai persiapan kita menuju kehidupan akhirat yang lebih kekal dan abadi..

jika sekarang kita merasakan umur kita sudah cukup dewasa.. ketahuilah kita masih belum sampai pada pertengahan hidup kita.. MATI adalah pertengahan perjalanan kehidupan kita antara dunia dan akhirat.. MATI juga permulaan kita ke alam akhirat..

JOM ISLAHKAN DIRI!! (^_^)

wallahua`lam

salam

0 comments: